50 motosikal disita, 36 motosikal gagal ujian saringan paras bunyi bising (ekzos)

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT Kuala Lumpur
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan kerjasama bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu telah berjaya membuat pemeriksaan motosikal bagi ujian saringan paras bunyi bising dan mengeluarkan kompaun kepada pemilik motosikal yang telah mengubahsuai ekzos kenderaan


Seramai 50 orang pemilik motosikal hadir untuk pemeriksaan paras bunyi bising motosikal yang telah di sita dalam Operasi Mingguan oleh Cawangan Penguatkuasaan dan Operasi JSPT KL sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hasil dari ujian yang telah dijalankan terhadap motosikal yang disita, sebanyak 36 kompaun dan notis kepada pemilik motosikal yang gagal dalam ujian saringan paras bunyi bising oleh JAS.  


Pemilik motosikal yang telah mengubah ekzos juga diarahkan untuk menukarkan semula kepada ekzos yang asal sebelum dibenarkan membawa balik motosikal tersebut.


Kesalahan menukar ekzos dengan bunyi bising boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan  Motor) 1987.


Penolong Pesuruhjaya Polis  Sarifudin Bin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur turut menasihati pemilik kenderaan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Sekiranya pemilik motosikal melakukan pengubahsuaian ekzos bising tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa, ia adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan.