50 kapal persiaran mewah disasar singgah ke Melaka

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kira-kira 50 kapal persiaran mewah dengan 25,000 pelancong luar negara disasarkan untuk singgah di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata justeru kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan bekerjasama dengan ejen dan syarikat kapal persiaran mewah untuk menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik kepada pelancong berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyasarkan pelancong yang menaiki kapal persiaran mewah dapat bermalam di Melaka berbanding sekarang ini, mereka hanya singgah dalam beberapa jam untuk melawat produk pelancongan di negeri ini.

"Dalam kempen TMM 2024, banyak program yang dirangka dan banyak tawaran pakej istimewa serta menarik disediakan kepada pelancong yang melawat Melaka," katanya kepada pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di Melaka.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Meraikan Pelancong Kapal Persiaran MS Amadea yang belayar dari Singapura dan tiba ICQS kira-kira 8.45 pagi pada Rabu.

Pada majlis itu, sebanyak 390 pelancong kebanyakannya dari Jerman singgah ke Melaka untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di negeri itu khususnya di sekitar Banda Hilir sebelum kapal persiaran dari Bahamas itu meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.

 

pelancong
Abdul Razak (tiga dari kanan) menyantuni seorang pelancong kapal persiaran Ms Amadea di ICQS, Kota Laksamana, Melaka. - gambar dari Kosmo

 

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pada tahun ini, kira-kira 30 hingga 40 kapal persiaran mewah telah memberi respons positif untuk berlabuh di perairan Melaka sekali gus membawa penumpang mereka masuk ke negeri itu.

Dalam pada itu, beliau berkata walaupun Melaka tiada jeti khas untuk kapal persiaran mewah berlabuh, namun ia bukan isu utama menarik kemasukan pelancongan dari kapal berkenaan singgah ke negeri itu.

Katanya ia kerana pelancong kapal persiaran mewah tersebut akan dibawa menaiki bot dari kapal tersebut ke jeti ICQS dan fasiliti yang ada di kompleks itu lengkap dan mampu menampung kemasukan pelancong dalam kumpulan besar.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…