50 kali mati enjin sebelum jadi pelumba wanita terpantas - Diana Danielle

oleh HEZERI SAMSURI|
Diana Danielle, personaliti negara mengaku kekok pada mulanya untuk membawa kereta dengan transmisi manual tetapi usaha gigih beliau membuktikannya memang boleh berlumba.

Diana yang Careta temui semasa sesi latihan perlumbaan Vios dalam Siri Toyota Gazoo Racing semalam bercerita pengalaman beliau semasa mula-mula dipilih untuk memasuki siri perlumbaan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Seperti kebanyakan orang lain di Malaysia, Diana menggunakan kereta manual semasa mengambil ujian lesen memandu. Selepas itu, Diana memandu kereta automatik," terang isteri kepada Farid Kamil itu.

"Vios perlumbaan saya mati enjin 50 kali pada mulanya. Memang geram tapi saya usaha juga sehingga mula mendapat teknik itu kembali," sambungnya.

Diana kini antara pemandu utama di dalam siri kejohanan Vios Challenge dalam festival Toyota Gazoo Racing Malaysia, di dalam kelas Promotional.

 

Menurut Diana, perlumbaan pertama di Batu Kawan, Pulau Pinang memberikan beliau peluang untuk mengetahui kelemahan skil pemanduannya.

"Kelemahan utama saya ialah ketika menukar gear. Kadang-kadang saya tidak pasti gear berada di dalam posisi mana."

"Satu lagi kelemahan iakah laluan perlumbaan atau racing lines. Saya tidak faham konsep itu," terangnya jujur.

Namun begitu, dikenali sebagai seorang yang tidak pernah putus asa, Diana giat berlatih untuk tukaran gear dan untuk belajar akan racing lines.

 

"Suami saya sebenarnya melatih saya untuk belajar racing lines menggunakan permainan video di rumah. Saya semakin faham apa itu laluan perlumbaan dan apex untuk selekoh," jelas Diana, tersenyum kerana mendapat sokongan padu dari suami.

Bertanya adakah pengalaman perlumbaan beliau mempunyai kesan terhadap pemanduan Diana setiap hari, artis itu menjawab kesannya sangat besar.

"It has a big impact!," jawab Diana.

 

Diana yang juga ibu kepada dua orang anak berkata impak terbesar berlumba ialah beliau kini mengambil aspek keselamatan jalanraya dengan lebih serius.

"Saya tidak akan berganjak selagi anak-anak tidak memakai tali pinggang keledar," terang Diana, tegas.

"Memang anak anak saya menganggap ibunya kini seorang hero kerana mampu berlumba, tetapi saya juga tekankan kepada mereka bahawa kenderaan bukanlah satu permainan dan mereka perlu menggunakan tali pinggang keledar dan kerusi kanak-kanak," sambungnya.

 

Dalam pusingan pertama di Batu Kawan, Diana menghabiskan perlumbaan di tangga keempat, pemandu wanita paling laju di dalam kelas itu. 

Diana tidak berjaya menghabiskan perlumbaan pusingan kedua di Batu Kawan kerana dilanggar oleh seorang lagi selebriti, Fattah Amin pada pusingan ke-15.

Fattah yang digelar "bulldozer" di kalangan pemerhati motorsports tempatan memang terkenal dengan pemanduan secara agresif. Namun akibat kegelojohannya, Fattah tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana kerosakan teruk pada jentera Vios yang dipandu beliau.

Diana dan rakan-rakannya akan berentap sekali lagi di Perlumbaan Vios Challenge di festival Toyota Gazoo Racing di MAEPS, Serdang pada 25 dan 26 November ini.

Jangan lupa tanda tarikh tersebut!

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Keputusan perlumbaan kedua (Race 2) memang berbeza dari perlumbaan pertama (Race 1) hari Jumaat…
Berita Domestik
Hari ini ialah pusingan terakhir Kejuaraan Vios Challenge di acara Toyota Gazoo Racing. Sepatutnya…
Sukan Bermotor
Nyata pusingan Toyota Gazoo Racing kali ini menjanjikan pelbagai debaran kerana litar di Medini ini…