50 juta unit, Toyota Corolla kini kereta paling laris terjual di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Nilai terbaik untuk wang, tahan lasak, boleh dipercayai serta nilai jualan yang amat baik. Ini merupakan ciri-ciri yang membuatkan Toyota Corolla menjadi sebuah nama yang tidak asing lagi di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja di Malaysia, malah Toyota Corolla juga turut cemerlang di peringkat dunia sehinggakan ia kini menjadi sebuah model yang paling laris di dunia, dengan jumlah jualan melebihi 50,000,000 unit, atau satu unit terjual untuk setiap 28 saat.

Di Malaysia, Toyota merupakan antara pengeluar terawal yang menyahut pelawaan kerajaan untuk memasang kenderaan di Malaysia, dan sebuah kilang pemasangan dibina di Shah Alam yang dimiliki oleh Inchcape Group (kini Champion Motor) yang kemudiannya ditukar nama kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB).
 

Corolla


Tahun-tahun awal pengeluarannya, ASSB mempunyai kadar pengeluaran yang tinggi menerusi model Corolla sebelum model-model Toyota yang lain ditambah dari tahun ke tahun.

Sehingga kini, kira-kira 300,000 unit Corolla telah dijual di pasaran Malaysia yang menyumbang kepada 50 juta unit yang telah terjual di seluruh dunia!

Hampir semua generasi Corolla telah dipasang di Malaysia sebelum model sedan tersebut kemudian diimport sebagai unit CBU dari Thailand sejak tahun 2008.

Walaupun statusnya berubah menjadi sebuah model yang lebih premium, model baharu Corolla ini melonjakkan lagi statusnya di Malaysia memandangkan ia menetapkan standard baharu di dalam kelasnya, sekaligus menyumbang kepada peningkatan jualan UMW Toyota.
 

Corolla


Antara tahun 2010 dan 2020, Corolla menyumbang sebanyak 6 peratus daripada jualan keseluruhan Toyota di Malaysia, di mana generasi ke-10 (2006-2013) menjadi generasi Corolla yang paling laris dengan 40,000 unit telah terjual sepanjang tempoh tersebut.

Meskipun Toyota mencatatkan ramai pelanggan baharu setiap kali pengenalan generasi baharu Corolla, tidak kurang juga yang masih setia kepada Toyota, khususnya model Corolla.

Ini kerana 63 peratus daripada pelanggan menukar beli model lama mereka (atau menaik taraf) kepada model generasi baharu disebabkan keyakinan terhadap nilai terbaik untuk wang, ketahanan, kebolehpercayaan dan nilai jualan semula yang baik.

Pemasangan tempatan model Corolla turut menyaksikan pemindahan teknologi bukan sahaja di dalam produk, malah di dalam proses pengilangan itu sendiri.

Seperti contoh, penghujung 1970-an ASSB memasang sistem electro deposition (ED) automatik di bahagian mengecatnya untuk kegunaan warna primer yang memberikan manfaat kepada Toyota Corolla generasi keempat, di mana ia menawarkan perlindungan tambahan daripada karat dengan cukup baik.
 

Corolla Cross


Generasi baharu Corolla yang dilancarkan sebelum ini membawakan lebih banyak teknologi baharu seperti senibina Toyota New Global Architecture (TNGA), ciri keselamatan yang lebih baik, serta teknologi sambungan yang lebih canggih.

Dari generasi ke generasi, Toyota Corolla berterusan menjadi model yang mampu memenuhi keperluan serta citara rasa pengguna dan ia dibuktikan menerusi pengenalan model SUV Corolla Cross yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, "Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya, dan dalam tempoh lebih 50 tahun menerusi 12 generasi, Corolla telah  membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…