5 unit Bentley Mulsanne Grand Limousine untuk dijual, belum didaftarkan di UAE

oleh Mohamad Hanif|
Beli kereta mahal-mahal, tapi sayangnya ianya tidak pernah didaftarkan untuk digunakan di atas jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Begitulah nasib yang menimpa lima unit limosin mewah Bentley Mulsanne Grand Limousine yang kini sedang mencari pemilik baharu di Timur Tengah.

Pertama kali diperlihatkan pada acara Geneva International Motor Show 2016, Bentley Mulsanne ini memiliki dimensi sepanjang 6,827.52 mm di mana lima unit telah dibeli oleh seseorang yang kaya raya di United Arab Emirates.
 

Mulsanne Grand Limousine


Sedan panjang ini memfokuskan kepada keselesaan penumpang belakang, di mana ia menampilkan tambahan dua tempat duduk di bahagian tengah menghadap penumpang belakang, dan dilihat seakan sebuah ruang rehat yang mewah.

Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah sistem penyejukan botol, kabinet minuman, gelas kaca bespoke, meja piknik boleh dilipat, slot iPad dan ruang pengecasan peranti pintar.
 

Mulsanne Grand Limousine


Mulsanne Grand Limousine ini juga turut menampilkan tiga dial buatan tangan yang memaparkan masa tempatan, masa United Kingdom dan suhu luaran.

Sama seperti model Mulsanne standard, Mulsanne Grand Limousine ini didatangkan dengan enjin 6.75 liter V8 turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 505 kuasa kuda dan 1,020 Nm.

Bentley Mulsanne dibangkitkan kembali pada tahun 2009 sebagai sebuah sedan bertaraf mercu bagi menggantikan model sedan Arnage dan produksi Mulsannne bertahan sehingga Jun 2020.
 

Mulsanne


Disebabkan peraturan emisi yang semakin ketat, Mulsanne dihentikan produksi pada tahun 2020, di mana versi pengakhiran Mulsanne 6.75 Edition by Mulliner diperkenalkan dengan unit penghasilan dihadkan kepada 30 unit sahaja.

Ia sekaligus menjadi Mulsanne terakhir yang diproduksikan, pengakhiran Mulsanne sebagai model mercu Bentley, serta pengakhiran penggunaan enjin produksi V8 yang paling lama di dunia - 60 tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…