5 tahun servis percuma dengan pembelian Volkswagen Tiguan dan Passat!

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan tambahan servis percuma selama dua tahun untuk dua model mereka iaitu Tiguan, Passat 1.8TSI Comfortline dan 2.0TSI Highline.

Promosi ini hanya sah untuk pelanggan yang membuat pembelian bermula dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2019. Promosi ini juga termasuk ke semua varian Tiguan dan Passat, termasuklah edisi Sound & Style serta JOIN.

 

Promosi ini merangkumi servis percuma selama lima tahun untuk penyelenggaraan atau dengan had pembatuan sejauh 75,000km yang mana terdahulu termasuk bantuan tepi jalan selama lima tahun tanpa had pembatuan.


VPCM juga menawarkan kadar faedah serendah 1.88 peratus dan dengan penambahan servis percuma selama dua tahun, secara ringkasnya penjimatan yang akan dinikmati oleh pelanggan adalah RM13,800 untuk Tiguan dan RM15,100 bagi Passat! 

 

 

Tiguan

Passat

Penjimatan faedah serendah 1.88%

RM7,700

RM8,600

Penjimatan servis percuma selama 5 tahun

RM6,100

RM6,500

Jumlah Penjimatan

RM13,800

RM15,100

 

 

Ringkasan spesifikasi untuk Tiguan dan sesi pandu uji jentera yang bernadi 1.4TSI turbo di bawah ini: 

 

 


Careta juga pernah menulis dan memuatnaik video tentang Passat ini, sila klik di pautan ini:-

 

 

 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini sila layari laman sesawang ini https://www.volkswagen.com.my

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Peraduan yang  berdasarkan tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’.   Untuk…
Berita Domestik
Bagi mereka yang mahukan kehadiran hot hatch di dalam garaj, pihak VPCM menawarkan rebat eksklusif…
Berita Domestik
  Sebagai pemegang polisi VIP yang ini, antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah keutamaan…