5 sekolah angkat MARii di Sabah bakal terima bantuan

oleh HEZERI SAMSURI|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia, MARii telah melancarkan beberapa program yang membabitkan pelbagai pihak di Sabah.

Antaranya ialah lima buah sekolah di negeri itu telah terpilih sebagai Sekolah Angkat MARii.

Sekolah-sekolah itu akan menerima bantuan seperti akses kepada alatan mengajar, sijil kemahiran untuk guru-guru dan juga program latihan tambahan skil untuk lepasan sekolah yang berminat mahu bekerja di industri automotif atau sektor yang berkaitan.

Selain dari itu, 400 pelatih dari Sabah telah mendaftar untuk program pensijilan Industri MARii atau IPC.

Sejak Julai 2018, seramai 1,200 pelatih dari Sabah sudah tamat latihan IPC.

MARii juga menandatangi dua Sijil Kolaborasi bersama dengan pihak tempatan di Sabah yang berkaitan dengan robotik, IoT dan rekabentuk perabot untuk pasaran Sabah.

 

 

Kolaborasi pertama ialah antara MARii dan Kinabalu Coders, sebuah persatuan yang khusus di dalam program robotik dan IoT untuk Sabah.

Kolaborasi itu melihat kerjasama antara kedua agensi tersebut untuk meningkatkan lagi tenaga profesional di dalam bidang robotik dan meningkatkan minat antara penduduk di sana.

Kolaborasi kedua ialah antara MARii dan Syarikat Perniagaan Perabot Nuri Sdn Bhd untuk membina kebolehan merekabentuk perabot kustom melalui Satelit MARii di Kota Kinabalu.

Ini membenarkan syarikat-syarikat menggunakan kemudahan yang ada di Bangunan Satelit MARii di Kota Kinabalu, satu usaha murni untuk membantu mereka yang baru hendak bertapak.

 

 

MARii juga mengumumkan kolaborasi antara agensi itu dan UiTM untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa dalam Kejuruteraan Mekanikal 2019 (ICAME 2019) di Kota Kinabalu.

ICAME ialah acara yang dilangsungkan dua tahun sekali dan menjadi platform untuk pakar-pakar bergabung dan bertukar-tukar idea.

ICAME akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos tahun ini di Kota Kinabalu.

Nantikan pengumuman selanjutnya di laman web MARii atau di Facebook mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kabinet telah pun memutuskan untuk inisiatif program FLYsiswa iaitu bantuan penerbangan kepada…
Informasi
Penerbangan pertama AK4102 dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.25 pagi dan telah tiba di…
Berita Domestik
"Jadi, kita tengah pertimbang dan perhalusi apa juga pendekatan, supaya kita dapat menangani isu…