5 sebab kenapa anda tidak patut beli barang sendiri dan bawa ke bengkel!

oleh SALINA JALIL|
Pemilik kenderaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan apabila menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki, kosnya dapat dikurangkan.


Salah satu cara yang dilakukan adalah dengan membeli barang sendiri di kedai alat ganti dan membawanya ke bengkel untuk ditukar. Sementara langkah ini memang berkesan terutamanya apabila berurusan dengan bengkel yang sudah dikenali, ia juga mempunyai beberapa kesan negatif lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

1- Bengkel tidak akan bertanggungjawab sekiranya alat itu rosak atau gagal berfungsi.


Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.

 


2- Barang yang anda beli mungkin tidak betul


Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.

 

3- Leceh


Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara 'online'?
 

 

 

4 - Barang yang anda beli mungkin bukan yang terbaik


Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.

 


5- Penjimatan anda mungkin tidak begitu berbaloi


Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.

 

breakdown

 

Apapun, segalanya bergantung kepada anda.

 

Perkara yang kami nyatakan di atas sekadar kemungkinan yang boleh berlaku dan anda masih boleh mengelakkannya terutamanya apabila berpengetahuan luas berkenaan kenderaan anda dan mempunyai hubungan baik dengan bengkel.

 

Lagi bagus, jika anda boleh terus melakukannya sendiri. Jadi jika ada apa-apa berlaku, tiada orang lain yang akan dipersalahkan selain diri sendiri!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…
Informasi
  Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang…
Berita Domestik
  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu…