5 perkara asas pemeriksaan angin tayar anda!

oleh SALINA JALIL|
Ramai yang memandang remeh dan bersifat 'tidak peduli' tentang pemeriksaan angin tayar mereka.


Golongan ini seakan-akan terlupa kepentingan tayar!


Tidak kira lah apa jua kenderaan yang anda pakai, dengan apa sekali kuasa dan sistem yang ada, akhirnya, segalanya akan bergantung pada tayar kerana ia adalah titik perhubungan akhir antara kenderaan dan jalan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Disebabkan itu, tayar adalah aspek penting dalam memastikan keselamatan anda di atas jalan dan perlu diperiksa dengan kerap. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk memeriksa tayar, ini kami senaraikan lima asas pemeriksaan:

 

 

1. Guna peralatan yang sesuai.  

 

Terdapat tiga jenis pengukur tekanan tayar utama iaitu batang ringkas, digital dan dail. Semua jenis boleh dipakai, tetapi pastikan ia mempunyai kadar yang mencukupi untuk tayar anda dan dijaga rapi bagi mengelak kerosakan. Pengukur yang sudah jatuh atau lama perlu diganti.

 

gauge

 

 

2. Ukur tekanan semasa tayar sejuk 

 

Tayar yang panas akan menunjukkan bacaan kurang tepat. Jika ini perlu dilakukan juga, anda harus menambah 4  atau 5 psi lagi dan perlu diperiksa kembali apabila ia sejuk.

 

 

3. Waktu pagi adalah yang terbaik 

 

Untuk memastikan tayar sejuk selepas memandu, anda memerlukan masa sehingga 4 jam. Jadi, waktu pagi,  selepas   kenderaan tersebut tidak digunakan untuk waktu lama adalah yang terbaik.

 

 

4. Sukatan boleh didapati di pintu kereta

 

Bagi sebuah kenderaan standard yang tidak diubah, sukatan angin yang dicadangkan oleh pengeluar ada terdapat pada tepi pintu kenderaan atau di tiang tengah. Anda boleh menggunakan sukatan ini.

 

 

5. Jangan lupa tayar simpanan 

 

Selepas semua tayar yang siap terpasang diperiksa, jangan dilupa juga tayar simpanan yang dijadikan sokongan sekiranya berlaku kecemasan. Anda tidak akan tahu bila ia akan terjadi, tetapi sekurang-kurangnya boleh sentiasa bersedia.

 

 

Peringatan:  Walaupun sekarang ini kenderaan kita jarang 'bergerak' atau digunapakai disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang pasti angin tayar kenderaan tetap berkurangan, jangan lupa memeriksa tekanan angin kenderaan anda selalu.

 

Tayar adalah seumpama kasut anda, sekiranya tapak kasut anda haus dan licin, bayangkan apa akan terjadi apabila anda berjalan masuk ke dalam tandas yang baharu sahaja di cuci atau dimop! Bersediakah anda menjadi 'stuntman/stuntwoman'?