5 langkah penting untuk perjalanan bercuti yang lancar bersama Cycle & Carriage

oleh Penyumbang Rencana|
Selepas beberapa tahun negara dilanda pandemik, suasana percutian di Malaysia menjadi suram akibat wabak itu, kini tiba masanya untuk anda bersedia bersama keluarga tercinta untuk "perjalanan membalas dendam" terbaik anda pada musim cuti Disember ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Sebelum anda memulakan perjalanan percutian, pastikan Mercedes-Benz anda dalam keadaan terbaik semasa anda berada di jalan raya untuk percutian hujung tahun ini.

Jika anda belum melakukan pemeriksaan keadaan dan prestasi kereta anda, pastikan anda ikuti senarai semak kesihatan kereta ini supaya anda boleh nikmati percutian hujung tahun dengan lancar bersama yang tersayang.

 

Langkah 1 : Bawa kereta anda untuk pemeriksaan

Tip 1

 

Sama seperti menjaga kesihatan anda sendiri, kereta anda juga memerlukan "pemeriksaan kesihatan" biasa untuk menilai keadaan bahagian yang berbeza. Periksa kereta anda di Cycle & Carriage dan biarkan pakar periksa segalanya dari bendalir brek dan pad brek, bateri utama dan pemula serta tetapan lampu depan dan pemeriksaan pembersihan.

Anda juga akan mendapat Laporan Perkhidmatan Digital yang membolehkan simpanan rekod mudah bagi semua kerja perkhidmatan dijalankan, ia juga memudahkan urusan untuk pemeriksaan susulan seterusnya.

 

Langkah 2 : Pastikan anda tahu siapa untuk dihubungi dalam kecemasan

Tip 2


Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di mana kereta anda mengalami kerosakan pada pertengahan perjalanan, pemilik Mercedes-Benz boleh segera hubungi bantuan tepi jalan 24 jam Cycle & Carriage di talian 1800-22-8000 dan pakar  dari Cycle & Carriage akan bersedia sepanjang masa.

Jika anda menghadapi masalah kecil pada kereta semasa di luar kawasan, jangan risau kerana anda boleh memanfaatkan sepenuhnya liputan rangkaian luas Cycle & Carriage, membolehkan  Mercedes-Benz anda diperiksa di mana-mana daripada 11 lokasinya di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk di utara Ipoh, Georgetown, dan Alor Setar hingga ke selatan di Johor.

 

Langkah 3 : Lindungi Mercedes-Benz anda untuk memastikan ketenangan fikiran

Tip 3


Kebanyakan kereta akan mengalami masalah lebih banyak daripada biasa selepas beberapa tahun.

Untuk melindungi kereta anda selepas lima atau enam tahun penggunaan, anda boleh memilih untuk mendapat manfaat daripada Mercedes-Benz Extended Limited Warranty Programme yang menawarkan perancangan perlindungan untuk Mercedes-Benz anda tidak mengira jarak perjalanan.

Ini bermakna kereta anda akan dilindungi untuk semua keperluan asas termasuk penghawa dingin, brek, enjin, pacuan roda depan dan belakang, suspensi, elektrik komponen, dan banyak lagi!

 

Langkah 4 : Bersedia menghadapi jalan dengan tayar baru

Tip 4

 

Mengembara ke seluruh Malaysia bermakna anda perlu bersedia untuk mrnghadapi hari hujan. Jika anda mahukan perjalanan yang selamat di dalam hujan, salah satu cara ialah menyediakan kereta anda untuk jalan yang basah dan pastikan tayar dalam keadaan baik.

Pastikan anda mendapatkan tayar Mercedes asli dengan kualiti terbaik dari Butik Tayar dan Rim Mercedes-Benz yang terletak secara eksklusif di Cycle & Carriage Petaling Jaya atau kunjungi mana-mana autohaus Cycle & Carriage.

Dengan menukar tayar lusuh anda kepada tayar prestasi yang sesuai, anda boleh nikmati pemanduan dengan lebih yakin dan stabil di jalan raya walaupun dalam cuaca hujan.

 

Langkah 5 : Kemaskini Mercedes-Benz anda untuk musim perayaan

Tip 5


Jika anda ingin menghiasi kereta anda dengan lebih banyak aksesori, kunjungi sahaja autohaus Cycle & Carriage berhampiran anda memilih lebih banyak alat ganti tulen Mercedes-Benz meliputi segala perkara yang anda akan kagumi daripada tikar lantai baru hinggalah pemegang pintu berkilat.

Untuk membuat temu janji dengan autohaus Cycle & Carriage, anda boleh hubungi mereka di talian 1800-22-8000 atau layari laman web Cycle & Carriange untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran diberikan.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan AFP menyebut, masalah teknikal tersebut telah dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan yang…
Berita Domestik
Buat masa ini, LPT2 masih boleh digunakan seperti biasa bagi kedua-dua arah namun pengguna…
Informasi
  Kawasan rehat dan rawat (R&R) adalah lokasi yang disediakan kepada pelanggan lebuh raya…