5 Land Rover Defender lama yang paling kencang

oleh HEZERI SAMSURI|
Land Rover mungkin sudah melancarkan Defender baharu, tetapi ada juga varian-varian Defender yang lama itu yang masih menggugat jiwa.

Kami kongsikan apa yang TopGear UK telah kumpulkan!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
landie rally

 

1. Land Rover Defender Rally

Jika anda ingat Defender ini adalah sebuah SUV yang lembab dan tak laju, anda sebenarnya memang betul.

Namun begitu, syarikat penala UK, Bowler Offroad mampu menjadikan sebuah Defender itu sehebat jentera rally. 

Versi modifikasi ini mempunyai kuasa kuda setinggi 440 hp, terima kasih kepada enjin V6 Jaguar F-Type yang digunakan.

 

QT Wildcat


2. QT Wildcat

Satu lagi produk Bowler Offroad, Wildcat ialah sebuah Defender "bikin" yang telah terbukti kerana ia pernah bertanding di dalam rally bertaraf dunia, Dakar Rally.

Namun begitu, hak membina Wildcat telah dijual oleh Bowler kepada Qt Services dan kerana itu namanya menjadi QT Wildcat.

Pilihan enjin terdiri dari enjin-enjin petrol V8 dengan isipadu 4.0L, 4.6L atau 5.0L.

Jika anda masih mahukan diesel, ia mampu membuat penalaan untuk enjin diesel 2.2L Puma itu atau enjin 2.5L yang lama.

 

flying huntsman


3. Kahn Flying Huntsman 6X6 Pick-up

Dibina oleh Kahn Design (syarikat penala Land Rover dari UK) khas untuk bersaing dengan Mercedes-Benz AMG G63 6X6, varian Flying Huntsman ini memang hebat.

Enjin dan transmisi boleh dipilih mengikut kehendak pembeli tetapi varian standard ialah enjin diesel 2.2L dengan transmisi 6-kelajuan manual. Memang lembab rasanya kerana badan yang besar dan enam tayar All-Terrain yang perlu diheret.

Semasa ia dihasilkan, Kahn hanya membina 20 unit sahaja setahun. 

Menarik bu-Kahn? 

 

Kahn Cabrio

4. Kahn 6X6 Cabrio

Sambungan dari model Huntsman 6X6, kali ini Kahn mahu bertarung dengan Mercedes-Maybach G-Class Laundalet yang juga sebuah cabriolet.

Tidak pasti berapa unit yang dibina tetapi ia datang dengan enjin LS3 V8 6.2L dari General Motors (ya, enjin Camaro) yang menghasilkan 500 hp.

Hmmm ....

 

defender boat


5. Bot Defender Floating Ninety

Bukan semua Defender bikin ini mahukan kelajuan dan pengendalian ala sportcar kerana ia bukan kerja mudah.

Bayangkan jika seorang pakar bedah plastik diminta untuk menjadikan Hezeri Samsuri seperti Aaron Aziz - begitulah sukarnya.

Kerana itu, model ini sangat unik. 

Dibina oleh Special Vehicle Operation di bawah syarikat Land Rover sendiri, model amfibia ini dibina dalam tahun 1989 untuk tujuan papan iklan terapung semasa adcara Cowes Week.

 

defender boat 2

 

Rekabentuk ini pula sebenarnya pula ditiru dari prototaip asal berdasarkan Land Rover Series II amfibia yang dibekalkan untuk tentera UK dalam tahun 1960-an.

Cuma satu nasihat kami - pakai but getah kerana kalau bumbung Defender yang baharu keluar kilang pun boleh bocor, apa lagi Defender yang terapung ini. 

Air memang akan masuk ke ruang kabin.


* Artikel asal dari TopGear

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…