5 kesilapan pemandu dalam menggunakan penyaman udara - SEAT

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini kita berada di musim durian. Okay acah sahaja. Sekarang ini kita berada di musim panas. Walaupun terdapat hujan selang beberapa hari seminggu tetapi cuaca tetap panas membahang.


Di United Kingdom juga panas dengan sushu melebihi 30°C. Suhu kereta yang diparkir di bawah terik mentari juga boleh mencecah sehingga 60°C.

Bayangkan memasuki kereta sekitar suhu tersebut, fuuhh.. panas betul.

Mengambil kesempatan ini, SEAT yang merupakan pengeluar kereta dari Sepanyol telah menyiarkan enam kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemandu.


Walaupun di UK, poin yang ditampilkan begitu berguna untuk diperhatikan oleh kita di sini. Berikut ialah poin-poin tersebut:
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

5 kesilapan pemandu dalam menggunakan penyaman udara - SEAT

 

1. Menggunakan penyaman udara secara maksimum selepas memasuki kereta

Tabiat ini biasa dilakukan oleh pemandu. Masuk kereta dalam waktu panas kemudian menggunakan penyaman udara sehabis kuat.

Dengan membuka penyaman udara dengan kuat tanpa membuka tingkap hanya akan mengakibatkan udara panas berkumpul di dalam kereta.

Kaedah yang baik ialah dengan membuka pintu, menurunkan tingkap untuk seminit dua sebelum menutup pintu dan kemudian barulah menghidupkan penyaman udara.

2. Fungsi kitaran udara (air recirculation)

 

5 kesilapan pemandu dalam menggunakan penyaman udara - SEAT

 

Dengan sentiasa menghidupkan fungsi ini akan mengakibatkan tingkap menjadi berkabus dan kurangnya daya penglihatan.

Kebanyakan kereta mempunyai fungsi Auto, gunakan fungsi tersebut di mana ia beroperasi secara automatik bagi mengelakkan tingkap berkabus dan seterusnya dapat menyejukkan penumpang.

3. Tidak menghidupkan penyaman udara pada waktu pagi

Memandu pada waktu pagi memang menyamankan terutama sekali jika keluar selepas subuh. Namun lebih elok jika penyaman udara dihidupkan bagi mencegah tingkap berkabus terutama sekali apabila suhu di luar semakin meningkat.

4. Menghalakan corong penyaman udara terus kepada individu

 

5 kesilapan pemandu dalam menggunakan penyaman udara - SEAT

 

Memang seronok dan menyejukkan namun tabiat ini kurang elok memandangkan sebaran udara tidak sekata.

Talaan corong ke atas lebih baik supaya udara yang sejuk dapat disebarkan pada bahagian dalaman secara menyeluruh dan sampai kepada setiap penumpang.

5. Tidak melakukan penyelenggaraan berkala

Sama seperti minyak enjin, tayar, brek atau apa sahaja komponen, penyaman udara memerlukan penyelenggaraan berkala.

Kegagalan untuk menukar penapis udara kabin pada setiap 16,000 km sehingga 24,000 km akan mengakibatkan sistem penyaman udara menjadi kurang efektif.

 

5 kesilapan pemandu dalam menggunakan penyaman udara - SEAT

 

Menurut SEAT, sekitar dua pertiga pemandu tidak sedar tentang risiko suhu tinggi dan dehidrasi. Kedua-dua keadaan ini boleh mengakibatkan keletihan, pening, sakit kepala dan mengurangkan masa tindak balas.

Tahukah anda berapa lama yang diambil oleh jurutera SEAT untuk membangungkan sistem penyaman udara kereta?

Tiga tahun.

Mereka mengkaji geometri saluran dan corong udara dengan kaedah 3D dan melakukan simulasi untuk menilai aliran udara di dalam kereta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…