5 KERETA PALING JIMAT DI MALAYSIA

oleh Penyumbang Rencana 2|
Tahap kecekapan penggunaan bahan api merupakan antara kriteria utama yang digunakan dalam pemilihan sesebuah kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jadi, dalam konteks pasaran Malaysia, apakah model-model kenderaan yang paling jimat penggunaan bahan apinya?

 

Renault Captur


Jentera ini merupakan jentera Crossover B-Segment daripada Renault. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.2 TCe bersama sistem transmisi klac berkembar 6-Kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 118hp pada 5,000rpm dan daya kilas sekuat 205Nm pada 2,000rpm.

Disamping kuasa yang mengagumkan, jentera ini juga menawarkan penjimatan bahanapi yang optimum dimana kadar penggunaan bahanapi nya adalah 5.9L/100km. Kapasiti tangki bahanapi adalah sebesar 45 Liter.

Hal ini bermakna satu tangki penuh bahanapi boleh menggerakkan jentera ini sejauh 763km. Satu angka yang cukup hebat.

Jentera ini masih dikategorikan mampu milik dengan harga RM93,400 tidak termasuk insurans.

 

Toyota Yaris


Toyota Yaris mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019. Pada tahun ini, pihak UMW baru sahaja melancarkan versi "Facelift".

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris berkod 2NR-FE bersesaran 1,496cc(1.5L). Enjin ini digabungkan dengan kotak gear 7-kelajuan CVT. Hasilnya, jentera ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000rpm dan daya kilas sekuat 140Nm pada 4,200rpm.

Jentera ini dikategorikan sebagai jimat kerana penggunaan bahanapinya berada pada kadar 5.8l/100km. Kapasiti tangki bahanapi nya adalah sebesar 42 Liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahanapi mampu menggerakkan jentera ini sejauh 724km. Jauh bukan ?

Jentera ini masih mampu milik dimana harga tawaran bermula pada RM70,940 tidak termasuk insurans.

 

Nissan Almera 1.0T 


Jentera ini masih segar dipasaran. Ia dilancarkan ke pasaran negara kita bermula tahun 2020. Jentera sedan B-Segment dari Nissan ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod HR10DET bersesaran 999cc(1.0L).

Enjin ini kemudiannya dipasang bersama kotak gear CVT XTRONIC dengan D-Step Logic System. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 99hp pada 5,000rpm dan daya kilas sekuat 152Nm pada 2,400-4,000rpm.

Kadar penggunaan bahanapi jentera ini direkodkan pada 5.4l/100km. Kapasiti tangki bahanapi jentera ini adalah sebesar 35 Liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahanapi mampu menggerakkan jentera ini sejauh 650km. Cukup jauh !

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga bermula RM79,906 tidak termasuk insurans.

 

Perodua Bezza 1.0 G AT


Jentera ini merupakan jentera kegemaran rakyat Malaysia. Jentera sedan A-Segment ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod 1KR-VE yang mempunyai sesaran sebesar 998cc (1.0L). Enjin ini bekerja bersama kotak gear automatik 4-kelajuan. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan daya kilas sekuat 91Nm pada 4,400rpm.

Walapun kurang berkuasa, namun jentera ini menawarkan penjimatan bahanapi yang mengagumkan dimana kadar penggunaan bahan apinya adalah 4.7l/100km. Kapasiti tangki bahanapi adalah sebesar 36 Liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahanapi mampu menggerakkan jentera ini sejauh 765km ! 

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga serendah RM35,391 tudak termasuk insurans. Sangat mampu milik.

 

Perodua Axia 1.0 G AT


Jentera ini merupakan jentera paling popular dan paling sinonim dengan topik utama kita iaitu paling jimat. Jentera Hatchback A-Segment ini mempunyai enjin dan sistem transmisi yang sama seperti Perodua Bezza 1.0G AT. 

Apa yang membuat jentera ini lebih jimat adalah dimensinya yang kecil dan hanya seberat 850kg sahaja berbanding Peridua Bezza iaitu 880kg. Kadar penggunaan bahanapi jentera ini adalah sebanyak 4.6l/100km. Kapasiti tangki bahanapi adalah sebesar 33 Liter. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahanapi mampu menggerakkan jentera ini sejauh 717km. Sangat jauh bagi sebuah jentera kecil seperti ini.

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga bermula RM32,485 tidak termasuk insurans. Sangat sangat mampu milik. Memang sesuai untuk rakyat marhaen.

 

Honda City RS Hybrid


Jentera ini termasuk dalam segmen bonus. Honda City RS dilancarkan di pasaran Malaysia bermula tahun ini. Ia menerima enjin 4 silinder sebaris berkod LEB-H5 bersesaran 1,497cc(1.5L).

Enjin ini mempunyai sistem i-VTEC bersama Sport Hybrid "i-MMD". Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi eCVT daripada Honda. Gabungan ini menghasilkan kuasa sebanyak 108hp pada 6,200rpm dan daya kilas sekuat 253Nm pada 0-3,000rpm. Kuat daya kilas dia, sampai awal pula tu.

Yang menarik perhatian tentang jentera ini adalah kadar penggunaan bahanapi nya iaitu sebanyak 3.6L/100km. Kapasiti tangki bahanapi jentera ini adalah sebesar 40L. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahanapi mampu menggerakkan jentera ini sejauh 1,111km ! Sangat jauh ! Sangat jimat!

Cuma yang menjadi halangan adalah persepsi masyarakat terhadap jentera hybrid disamping harganya yang melebihi RM100,000. Jentera ini dijual dengan harga RM105,950.45 tidak termasuk insurans.

 

 

Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…