5 kejadian pokok tumbang di sekitar KL dalam satu masa

oleh Firdaus Razani|
Setakat petang tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima lima panggilan kecemasan mengenai kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut dan hujan lebat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataannya hari ini berkata, panggilan kecemasan itu bermula 4.50 petang sehingga 6.13 petang.

Katanya, kejadian pokok tumbang di Jalan Rahmah, Taman Gembira menyebabkan lalu lintas terhalang, manakala di Jalan Selesa 1 Taman Gembira di Jalan Kuchai Lama mengakibatkan bumbung rumah dihempap pokok tumbang, namun tidak membabitkan mangsa.

"Seterusnya di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pokok tumbang menghempap sebuah kereta.

"Di hadapan Menara British, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, pokok tumbang menghempap lapan kenderaan iaitu tiga kereta dan lima motosikal.

"Lokasi terakhir di Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya apabila pokok tumbang menghempap sebuah kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kawasan utama yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang itu ialah di kawasan Taman Gembira dan Universiti Malaya.

"Kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

 

SUMBER : Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu…
Berita Domestik
Berkongsi detik cemas insiden tersebut, Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin berkata, sebaik…
Berita Domestik
"Sebaik tiba di lokasi, didapati dua pokok tumbang merentangi jalan yang mana satu daripadanya…