5 jenis sneakers yang anda perlu ada

oleh HEZERI SAMSURI|
Kaum lelaki masa kini memang bergaya dan walaupun mereka merasakan diri mereka ini ringkas dan tidak cerewet seperti wanita, dalam diam mereka sebenarnya sudah ada ciri-ciri yang sama tanpa mereka sedari.

Contoh terbaik ialah pemakaian sneakers, di mana mereka pasti mempunyai beberapa pasang kasut genre ringkas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lelaki tahu sneakers mana sesuai untuk aktiviti yang mana dan artikel ini membantu mereka untuk mengetahui apakah lima jenis sneakers yang perlu wujud di dalam rak kasut mereka.
 

 

Sneaker klasik

Ini adalah sneaker paling popular dan sememangnya sneaker pertama yang perlu anda ada di dalam koleksi sneakers anda.

Sneaker klasik ini boleh disesuaikan dengan apa-apa jenis pakaian pun. Hitam atau putih, neutral atau tidak, sneaker klasik dari apa jenis jenama pun perlu ada di dalam rak kasut anda itu.

Ia juga sesuai untuk dipakai sementara menunggu stail baharu untuk muncul kerana sneaker klasik tidak ada musim. Ia boleh dipakai bila-bila masa sahaja!

Contoh paling terkenal ialah Adidas Stan Smith, yang bermula dalam tahun 1963 dan sebenarnya direka untuk pemain tenis Perancis, Robert Haillet.

Jenama lain yang juga popular ialah Nike Cortex, Onitsuka Tiger dan Converse One Star.

 

 

Sneaker selesa

Untuk yang sering berjalan atau berdiri, pastinya mereka akan mencari sneakers yang lebih selesa.

Ini adalah kasut-kasut yang datang dengan teknologi tapak kasut yang modern, contohnya seperti Adidas Boost, Nike Air, Puma NRGY dan pelbagai lagi.

Sketchers juga mempunyai teknologi tapak Resalite yang fleksibel dan mampu menahan hentakan demi hentakan.

 

 

Sneaker belasahan

Ini adalah sepasang sneakers yang memang anda perlukan untuk dibelasah.

Samada untuk bermain skateboard, BMX, berjalan, masuk ke hutan mencari buluh atau pergi melepak, sneaker jenis ini perlu murah, lasak dan cukup selesa.

Anda boleh beli sepasang sneakers baharu untuk dibelasah tetapi di dalam banyak kes, sneakers lama anda yang sudah selesa itu sering menjadi sneaker belasahan atau harian anda.

Anda juga boleh pergi ke Al-Ehsan atau Sports Direct atau Decathlon dan cari mana-mana sneakers yang sedang dijual dengan diskaun yang tinggi.

Antara pilihan ramai ialah Adidas Campus atau Asics Gel-Venture atau New Balance siri MX.

 

 

Sneakers fesyen

Ini ialah sneakers yang "rare" atau jarang dijumpai.

Sneakers limited edition seperti Nike Air Yeezy, Adidas Yeezy Boost 750 Grey/Gum, Nike Air Mag dan pelbagai yang lain.

Jenama-jenama fesyen seperti sneakers dari Balenciaga, Gucci, Salvatore Ferragamo atau Hugo Boss dan juga Porsche Adidas juga boleh dikategorikan sebagai sneakers fesyen.

 

 

Sneaker berkualiti

Sebenarnya, ini adalah sneakers yang berkualiti yang anda benar-benar perlukan untuk aktiviti bersukan anda.

Jika anda berlari, maka sneakers dengan teknologi larian yang baik seperti dari Salomon, Saucony dan lain-lain lagi memang berbaloi.

Juga untuk yang suka hiking, sneakers seperti Merrell, Hi-Tec, Columbia dan pelbagai lagi menjadi idaman.

Dan untuk yang suka memandu, sneakers seperti Puma Drift Cat memang sesuai!