5 jenis jam yang wajib dimiliki lelaki

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat jam yang tulen akan berminat dengan hasil senibina dan rekabentuk jam, termasuk sejarah jenama jam tangan itu.

Mereka juga tahu bahawa untuk setiap koleksi peribadi, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu dari lima jenis jam tangan yang wajib dimiliki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun ada di antara jenis-jenis jam tangan itu seperti berkongsi fungsinya, kelima-lima varian ini dikira sebagai genre utama untuk jam tangan.

Oleh kerana itu jika anda mahu memulakan koleksi jam tangan, di bawah ialah jenis-jenis atau genre jam tangan yang anda perlu.
 

 

Dress Watch atau Jam Tangan Formal

Genre ini khusus untuk jam-jam yang berfungsi untuk melengkapkan aksesori anda bila menyarung sut atau kemeja lengan panjang untuk acara formal.

Jam Tangan Formal selalunya, ringkas, tidak mempunyai rekabentuk yang terlalu berserabut dan tidak terlalu besar.

Ia perlu nipis dan boleh disorok di dalam lengan sut atau kemeja anda. Namun begitu, saiz mukanya perlu sesuai dengan saiz tangan anda.

Warnanya juga perlu lembut atau sesuai dengan imej formal. Samada talinya itu besi atau kulit, yang lebih penting warnanya perlu sesuai dengan pakaian formal anda.

Sekiranya anda percaya jam tangan getah yang besar itu boleh dikenakan dengan sut rasmi, cuba anda bayangkan anda memakai sut dengan kasut kanvas sekolah jenis Warrior berwarna putih.

* Gambar LUMINOX DRESS FIELD 1830 SERIES - 1839
 

 

Dive Watch atau Jam Tangan Penyelam

Genre paling popular dan paling diminati ramai, jam tangan penyelam seebnarnya sangat versatil.

Rekabentuk kasual jam tangan jenis ini membolehkan anda memakainya walaupun sedang menyarung jaket Hugo Boss (ya, James Bond adalah contoh terbaik).

Hampir kesemua jam tangan penyelam mempunyai "bezel" atau "cincin" yang boleh dipusingkan untuk memberitahu penyelam berapa lama mereka telah berada di dalam air.

Sifat kedua sebuah Dive Watch ialah ia perlu kalis air mengikut piawaian ISO 6425, pada kedalaman minima 100 meter. Namun begitu, kebanyakan jam tangan penyelam sekarang kalis air pada kedalaman 200 meter.

Ada yang kalis air sehingga kedalaman 500 meter pun, seperti jam tangan Luminox di dalam gambar ini.

Tali jam untuk jenis ini pula selalunya menggunakan bahan yang kalis air dan karat - besi aloi, stainless steel, titanium, silikon, nylon dan sebagainya.

Gambar: LUMINOX DEEP DIVE 1520 SERIES - 1523 (ISO 6425 certified)

 

 

Jam tangan Chronograph (chrono)

Chronograph adalah jam tangan yang paling cantik dan paling menarik, kerana ia mempunyai jarum-jarum lain untuk pelbagai fungsi berlainan.

Fungsi paling popular ialah jam randik (stop watch), walaupun ada pelbagai fungsi lain yang boleh diwakili oleh jarum-jarum kecil di atas muka jam chrono itu.

Chrono juga adalah jam yang versatil dan sesuai digunakan dalam banyak acara atau keadaan, walaupun ramai yang memakainya pada hujung minggu sahaja kerana ia nampak santai tetapi bergaya, eksklusif, aktif dan mahal.

Jika anda rasa jam tangan penyelam anda terlalu ringkas atau besar, chrono ialah pengganti paling ideal.

Gambar: LUMINOX NAVY SEAL COLORMARK CHRONO 3180 SERIES - 3182.BO

 

 

Field Watch atau Jam Tangan Renyah

Ini adalah jam yang anda pakai bila anda melakukan aktiviti-aktiviti harian yang merenyahkan atau lasak seperti mencuci kereta, membasuh baju, mengilatkan motosikal, berkebun, menyapu halaman rumah dan sebagainya.

Dari asegi sejarah pula, genre Field Watch sebenarnya dipakai oleh tentera-tentera US dalam tugas seharian mereka.

Kerana itu ia ringkas, lasak, dibina menggunakan bahan-bahan yang kuat dan ringan serta rekabentuk angka yang mudah untuk dibaca.

Kebanyakan Field Watch menggunakan tali dari jenis kanvas atau kulit yang senang dan mudah digantikan.

*Gambar: LUMINOX ATACAMA FIELD DAY DATE 1920 SERIES - 1925

 

Jam tangan GMT

Jam tangan GMT yang pertama direka oleh Rolex untuk juruterbang syarikat penerbangan US, Pan Am agar mereka tahu waktu di tempat mereka berlepas dan tempat mereka akan mendarat.

Rolex GMT Master (gambar bawah) itu datang dengan "bezel" berwarna biru-merah seperti logo Pepsi dan jarum GMT yang akan menunjukan masa pada bezel 24 jam itu.

 

rolex gmt master

 

Cara GMT dengan satu jarum ini masih lagi popular walaupun ada jam tangan yang mempunyai satu lagi "jam" dengan dua jarum pada paparannya untuk menunjukan waktu di zon lain.

Jam tangan GMT sangat sesuai untuk mereka yang sering terbang ke merata dunia, dan mana-mana koleksi jam tangan tidak akan lengkap tanpa sebuah GMT.

Gambar utama: LUMINOX F-117 NIGHTHAWK 6420 SERIES - 6421

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…