5 fakta tentang helmet carbon-fibre

oleh HEZERI SAMSURI|
Di dalam dunia motosikal, helmet ialah antara alatan keselamatan yang memang wajib digunakan.

Berfungsi untuk melindungi anggota badan yang  paling kritikal dan paling mudah tercedera, helmet atau topi keledar datang dalam pelbagai bentuk dan juga bahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejarah helmet motosikal bermula seawal tahun 1935 apabila Thomas Edward Lawrence atau lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.

Salah seorang doktor yang merawat Lawrence ialah Doktor Hugh Cairns yang berkata penggunaan topi keledar mampu mengurangkan kematian dari kemalangan motosikal.

 

 

Semenjak itu, teknologi topi keledar terus berkembang dan sekarang ini, helmet yang menjadi idaman setiap penunggang motosikal tegar ialah topi keledar yang dibuat menggunakan gentian karbon atau carbon fibre.

Di bawah ialah lima fakta yang anda perlu tahu akan helmet carbon fibre.

  1. Ia mula digunakan untuk topi keledar bagi pelumba profesional lebih dari 10 tahun yang dahulu.
  2. Ia adalah topi keledar paling ringan berbanding dengan topi keledar yang diperbuat dari fibreglass dan thermoplastic.
  3. Topi keledar carbon fibre yang ada sebenarnya bukan hanya menggunakan bahan itu sahaja. Ini ialah kerana carbon fibre terlalu keras dan tiada langsung sifat kenyal. Kekenyalan perlu untuk menyerap hentakan ketika jatuh. Oleh itu, semua topi keledar carbon fibre sebenarnya ialah topi keledar komposit yang dicampur juga dengan fibreglass, kevlar, thermoplastic atau bahan-bahan lain.
  4. Topi keledar carbon fibre mempunyai kadar keselamatan paling tinggi, berdasarkan ujian-ujian piawaian topi keledar motosikal.
  5. Ada topi keledar yang hanya menggunakan lapisan nipis carbon fibre pada permukaan luar. Ini bukan topi keledar carbon fibre sebenar dan kemungkinan besar mempunyai kadar keselamatan yang lebih rendah dari topi keledar plastik biasa. Untuk mengetahui samada ia adalah topi keledar carbon fibre sebenar, beratnya patut berada dalam lingkungan 1.10 kg ke 1.30 kg. Jika lebih berat dari 1.40 kg, kemungkinan besar ia cuma topi keledar plastik dengan salutan nipis carbon fibre untuk kelihatan cantik.

 

 

Apa jua topi keledar yang anda pakai, anda perlu menjaganya dengan baik. Jika ia pernah terjatuh dari ketinggian lebih satu meter, ia perlu diperiksa oleh pakar kerana ada kemungkinan bahagian styrofoam di dalam sudah termampat. Jika ini berlaku, topi keledar itu perlu dibuang walaupun dari segi luaran ia tidak nampak berbeza.

Penggunaan sticker juga perlu diberi perhatian kerana ada sticker yang menggunakan pelekat atau gam yang boleh menghakis dan melemahkan lapisan thermoplastic di luar.

Jangan terlalu kedekut ketika membeli topi keledar melainkan anda percaya kepala anda tidak mempunyai isi yang penting.

Saiz topi keledar juga perlu diberi perhatian. Jika anda membeli secara online, pastikan anda pernah mencuba topi keledar model itu dahulu kerana saiz mereka berbeza mengikut model dan jenama.

Saiz topi keledar untuk pasaran Eropah juga berbeza kerana bentuk kepala yang berlainan (orang Eropah mempunyai bahagian dahi yang lebih tajam dan kecil).

Akhir sekali, pemakaian topi keledar ialah satu ikhtiar kita ke arah mengurangkan kecederaan. Bagi mereka yang beragama Islam, baca doa menaiki kenderaan sebelum bergerak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…