5 dari 10 kenderaan paling popular Indonesia ialah dari Daihatsu

oleh HEZERI SAMSURI|
Lima dari 10 kenderaan paling laris jualannya di negara republik Indonesia adalah dari jenama Daihatsu.

Dengan jumlah jualan keseluruhan kenderaan bagi tahun 2021 mencapai angka 887,200 unit, jauh meninggalkan Thailand yang menjual sebanyak 734,372 unit kenderaan dalam tahun yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laman web AutonetMagz.com, lima dari 10 jenama automotif terlaris di Indonesia ialah dari jenama Daihatsu atau yang dihasilkan oleh Daihatsu tetapi menggunakan logo Toyota.

Di bawah ialah carta jualan kenderaan paling laris 2021 untuk Indonesia.

  1. Toyota Avanza (63,467 unit)
  2. Toyota Rush (51,868 unit)
  3. Toyota Innova (49,490 unit)
  4. Daihatsu Sigra (38,296 unit)
  5. Toyota Calya (35,655 unit)
  6. Honda Brio Satya (30,254 unit)
  7. Mitsubishi Xpander (28,424 unit)
  8. Mitsubishi Xpander Cross (22,383 unit)
  9. Toyota Fortuner (22,249 unit)
  10. Daihatsu Ayla (20,837 unit)

 

 

Avanza, Rush dan Calya adalah model-model Toyota yang sebenarnya adalah salinan model-model dari Daihatsu sendiri (Daihatsu Xenia, Daihatsu Terios (Perodua Aruz) dan Daihatsu Sigra.

Daihatsu Ayla pula ialah sama dengan Perodua Axia.

Projek-projek automotif Daihatsu pula sebenarnya dibangunkan oleh pelbagai kumpulan R&D yang berada di bawah syarikat itu sendiri. Di Indonesia, ia berada di bawah Astra Daihatsu Motor dan di Malaysia, Perodua.

Usaha Daihatsu untuk membangunkan bakat-bakat industri automotif dari rantau Asean sepatutnya dihargai kerana ia mewujudkan kepakaran yang khusus untuk industri tersebut di Asean.

* Laporan lengkap dari Autonetmagz.com

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…
Berita Global
Tiga model yang dimaksudkan itu ialah Daihatsu Gran Max, Toyota Town Ace serta Mazda Bongo. Tiada…