5 Continents Drive Project Toyota kini merentas bumi Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari tahun 2014, misi konvoi Toyota 5 Continents Drive Project merentasi lima benua kian menghampiri penghujungnya di mana benua Asia menjadi sasaran seterusnya selepas perjalanan dari Timur Tengah pada Februari 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia akan tamat pada tahun hadapan ketika Jepun menganjurkan acara sukan Tokyo Olympic 2020 dan Paralympic Games. 

Diinspirasikan oleh Presiden Toyota Motor Corp, Akio Toyoda, 5 Continents Drive Project ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada produk menerusi pendekatan yang lebih mendalam sebelum menawarkan produk yang lebih baik kepada pelanggan seluruh dunia.

 


Konvoi itu kini merentasi bumi Malaysia bermula dari Pusat Pameran Toyota S&D Tama di mana acara flag-off dirasmikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama pada 5 November lalu. 

Konvoi ini kemudian akan merentasi jalan berliku Cameron Highlands sebelum meneruskan perjalanan ke arah Selatan selepas melakukan persinggahan di Shah Alam, dimana ibu pejabat UMW Toyota terletak. 

Para peserta juga turut diberikan penerangan berkenaan latar belakang syarikat, aktiviti, profil pelanggan, kondisi pasaran tempatan serta inisiatif GAZOO Racing di Malaysia. 

Sebanyak sembilan buah kenderaan menyertai konvoi 5 Continents Drive Project termasuklah Hilux, Fortuner, Innova, Vios, Corolla, Rush, C-HR dan Yaris. 
 


Selepas Malaysia, konvoi ini akan menuju ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan di negara Asia yang lain seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam. 

Semenjak projek ini dimulakan di benua Australia pada tahun 2014, jumlah perjalanan sudah pun dicatatkan pada angka 103,000 km dan kesemua data yang terkumpul dihantar ke Toyota City untuk tujuan penambahbaikan dalam beberapa bidang yang berkaitan. 

Penambahbaikan bukan sahaja dibuat kepada produk, akan tetapi kepada proses pengeluaran dan pengurusan logistik dan perkara yang berkaitan, dan ia merupakan proses yang berterusan walaupun pada hakikatnya 5 Continents Drive Project ini akan berakhir pada tahun hadapan. 

Kenderaan yang berkualiti dan boleh dipercayai merupakan DNA Toyota semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1937, dan bersama-sama Toyota Production System (TPS) yang dikagumi itu, Toyota memiliki proses penghasilan kenderaan yang paling efisien dan produktif dalam menghasilkan jutaan kenderaan selama beberapa dekad.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Diilhamkan oleh Akio Toyoda, Presiden Toyota Motor Corporation, Projek ‘5 Continents Drive’…