5 benda penting tentang Ford Ranger Raptor 2022 serba baharu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak menjadi rahsia lagi bahawa trak pikap premium, Ford Ranger Raptor bakal digantikan dengan model baharu tahun ini.

Walaupun informasi dari Ford sangat terhad berkaitan model ini, kami cuba kumpulkan segala maklumat yang diterima dari media barat dan juga dari rakan-rakan automotif di Australia dan Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Ranger Raptor 2022 bukan takat tukar bamper.

Ranger Raptor 2022 adalah sebuah trak serba baharu. Walaupun bahagian tepi nampak sama, ia tidak langsung berkongsi sebarang panel luaran dengan Raptor yang ada sekarang.

2. Ia akan dilancarkan secara global pada 22 Februari ini

Ranger Raptor 2022 akan dilancarkan jam 6.00 petang (waktu Australia) pada 22 Februari, 2022 atau lebih tepat lagi, pada 22.02.22.
Umpama memilih tarikh perkahwinan anak pula ya.

 

 

3. Ranger Raptor 2022 tidak akan gunakan enjin diesel lagi!

Ini ialah perubahan terbesar kerana ia tidak lagi akan menggunakan enjin diesel 2.0L BiTurbo sekarang.

Sumber-sumber dalaman memberitahu Ranger Raptor baharu akan menggunakan enjin 3.0L twin turbo V6 yang dipinjam dari Ford Explorer ST di Amerika Syarikat.

Ini bermakna Ford Ranger Raptor 2022 akan betul-betul menjadi sebuah kenderaan berprestasi dengan enjin dwi turbo yang mampu menjadikan ia jauh lebih berkuasa dari Ranger Raptor sekarang.

4. Ia bakal jadi trak pikap paling canggih

Ford Ranger T6 memang menjadi pelupor dalam penggunakan kelengkapan elektronik yang canggih. Bila jenama lain masih menggunakan sistem audio plug and play, Ford menggunakan sistem built-in yang mampu menawarkan pelbagai kemudahan dan kawalan kepada pemiliknya.

Ranger Raptor 2022 akan menggunakan lebih banyak lagi kelengkapan elektronik canggih, seperti panel meter TFT sepenuhnya untuk pemandu dan touchscreen besar di ruang tengah.

Kadar keselesaan Ford Ranger juga sudah diketahui sebagai yang terbaik di dalam kelasnya dan Ranger Raptor 2022 bakal menjadikan ia jauh lebih selesa, walaupun menggunakan tayar AT yang besar dengan corak bunga ganas.

 

 

5. Harganya akan meningkat

Hampir kesemua sumber kami berpendapat harga Ranger Raptor baharu akan meningkat naik.

Penggunaan enjin baharu pula akan menjadikan ia sebuah trak premium dalam kategori tersendiri kerana Malaysia tidak mempunyai trak dengan nadi petrol.

Buat masa sekarang, harga Ranger Raptor adalah melebihi RM210,000. Dengan Raptor baharu, mungkin ada penambahan 20 ke 25 peratus? 

6. Bonus!

Untuk informasi bonus, Ranger Raptor 2022 juga bakal digunakan oleh Volkswagen dalam menggantikan model Amarok mereka yang sudah menjadi warga emas. Varian Ranger Raptor dikatakan akan menjadi varian Amarok paling mahal nanti.

Kongsi pendapat anda!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…