4Design hasilkan acuan coklat berbentuk rim BBS!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kraf Jepun, 4Design baru-baru ini memperlihatkan produk baharu yang bakal membuatkan para peminat rim BBS tidak senang duduk - acuan khas yang membolehkan anda menghasilkan sendiri rim BBS daripada coklat!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan dengan kerjasama BBS Jepun, produk acuan "Hanagata" ini diperbuat daripada aluminium yang dimesin, dan direka seperti seakan kotak puzzle yang boleh dicantum.

Rim BBS yang diperbuat daripada acuan coklat itu memiliki berat sekitar 40 g sahaja.
 

bbs


Terdapat juga acuan kedua yang diperkenalkan, namun ia tidak membawakan rekaan rim, sebaliknya kelihatan seperti rekaan kusyen berbentuk petak dengan logo BBS di bahagian dalam.

Selain daripada itu, 4Design juga sedang merancang untuk mengadakan beberapa program di Factory Art Museum di Bandar Takaoka, Wilayah Toyama, termasuklah program khas kepada BBS Wheel Owner Club.