47moto - jenama US baharu guna enjin SYM

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mike Samarzja ialah seorang yang kreatif.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua rekabentuk untuk Buell selama lebih dari 17 tahun sebelum menjadi pensyarah di Milwaukee Institute of Art and Design, untuk subjek PowerSports Design Programme yang ditaja oleh Harley-Davidson (Modenas patut hasilkan subjek ini, dan ditaja oleh DRB Hicom, tetapi bukan di DRB Hicom University, tetapi di UiTM agar lebih ramai rakyat Malaysia mampu mengambilnya).

Masalahnya, Samarzja mula rindukan tugas lamanya dan kerana itu ia menghasilkan jenama motosikal baharu dari US, 47moto.

 

Jauh dari konsep Buell yang menghasilkan motosikal berbentuk unik dengan jentera Harley-Davidson, 47moto mempunyai tiga model yang modular dan mampu diubah rekebentuknya.

Objektif utama 47moto ialah untuk menghasilkan motosikal yang mampu dibeli dan mudah diselenggara untuk dnikmati oleh semua.

 

Dua enjin dipilih buat masa ini, sebuah enjin 250 cc dan satu lagi enjin 300 cc dengan brek lengkap ABS oleh Bosch.

Kedua-dua enjin itu akan dibekalkan oleh SYM dari Taiwan yang juga popular di US dan tidak ketinggalan, Malaysia.

Buat masa sekarang, 47moto mempunyai sebuah model sahaja - Mosquito (seperti nama skuter oleh jenama yang sudah tiada lagi, MZ).

 

Apa yang berlaku ialah 47moto akan mengambil sebuah motosikal SYM T2 250i (seperti gambar di atas) dan meleraikan motosikal itu untuk mengambil mana-mana komponen yang boleh digunakan semula untuk menjadi Moquito.

Enjin 250cc selinder tunggal dengan 4-injap, sejuak cecair, sistem pancitan bahan api dengan pengimbal serta transmisi 6-kelajuan dikekalkan kerana ia menghasilkan 25 hp, cukup untuk Mosquito.

 

Komponen lain yang diambil ialah roda aloi-17 inci, tuas brek bolehlaras, braided hos untuk brek hadapan dan sistem elektronik. Selain dari itu, 47moto menggunakan komponen mereka sendiri.

 

usb 47moto

 

Kerangka Mosquito ini unik kerana ia bolehlaras - sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang. Ia juga dipasang dengan pelbagai kelengkapan lain seperti ruang bawah pelana yang kalis air, lengkap dengan charger USB.

 

 

Dua lagi model yang dirancangkan ialah Dragonfly 2-Up Sport, sebuah model sport dua tempat duduk dengan windscreen hadapan.

Satu lagi ialah model Firefly City X Adventure (City Cross) yang sama dengan Dragonfly 2-Up Sport tetapi dengan pelindung tangan (handguards), pelindung lampu hadapan, rak ekor dan rak atas tangki untuk meletakkan barang.

Kedua model itu akan siap dipasang dalam masa setahun atau setahun setengah lagi. 

 

Akhirnya, ketiga-tiga model ini akan dipasang dengan enjin 300cc SYM juga dengan sistem brek ABS dari Bosch.

Buat masa sekarang, hanya Mosquito 250 yang ada untuk jualan di US (harganya USD4,994 atau RM20,500).

 

47moto mungkin tidak akan dijual di Malaysia kerana pasaran kita yang sebesar hama, walaupun selera sebesar naga. Namun begitu, model SYM T2 itu ada di dalam pasaran kita dan mungkin ada antara kita yang boleh mengambil inspirasi 47moto untuk menghasilkan sesuatu yang lebih unik.

Masalah ketinggian penunggang bukan isu kecil. BMW contohnya mempunyai pelbagai cara untuk merendahkan pelana jentera mereka. Dari pelana boleh laras, kepada tuil gear dan brek yang juga boleh dilaraskan sehinggakan kepada sistem gantungan yang mampu merendahkan motosikal BMW itu beberapa cm, semuanya ada.

Mungkin Modenas boleh menggunakan konsep ini sebagai satu ciri-ciri unik untuk motosikal besar mereka kelak? 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…