4,500 kereta tiada permit, JPJ serbu syarikat e-Hailing Maxim

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia baru-baru ini menyerbu sebuah syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) MAXIM kerana membenarkan kenderaan tiada permit beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasil pemantauan dan risikan selama 14 hari mendapati sebuah syarikat EHO yang mengendalikan aplikasi MAXIM beroperasi di Kuantan, Pahang.

Menurut kenyataan JPJ, syarikat MAXIM didapati melanggar peraturan Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kereta di bawah kendalian syarikat beroperasi tanpa permit e-hailing (EVP) yang sah.

Hasil maklumat daripada APAD juga mendapati hanya 402 unit kenderaan sahaja yang memiliki EVP daripada 5,000 buah kenderaan di bawah aplikasi MAXIM.

Dalam operasi tersebut, beberapa peralatan dan dokumen syarikat seperti komputer, papan iklan, banner dan buting telah dirampas dan disita untuk tujuan siasatan.

Pihak JPJ menasihatkan orang ramai supaya memastikan aplikasi e-hailing telah berdaftar dan dilesenkan melalui semakan di portal APAD/LPKP terlebih dahulu, supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut di atas jalan raya.