Kempen ini dikatakan berkait rapat dengan risiko kerosakan yang disebabkan oleh aci cardan dan mampu mengakibatkan gangguan kepada aspek tunggangan.
Menurut penerbitan Jerman Motorrad, masalah ini relevan kepada model R 1200 RT dan R 1250 RT, namun ia lebih tertumpu kepada model GS disebabkan oleh rekaan jentera itu sendiri, khususnya sudut di antara lengan ayun di antara terowong cardan dan kotak gear gandar belakang, serta jarak pergerakan suspensi yang lebih panjang berbanding model RT.
Untuk penyelesaian, BMW akan menggerudi satu lubang kecil berdekatan dengan sambungan silang dan memasang satu injap kecil yang mampu untuk menyalurkan udara dan lembapan keluar daripada terowong cardan.
Penyelesaian ini akan ditawarkan secara percuma.
Sementara itu, Careta telah mendapatkan jawapan BMW Motorrad Malaysia berhubung isu ini, di mana mereka mengesahkan kira-kira 300 unit motosikal terlibat di dalam kempen panggil semula ini.
Para pemilik model yang disebutkan itu akan dihubungi sendiri oleh pihak BMW Motorrad Malaysia setelah komponen yang diperlukan itu tiba dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Sumber: Motorrad menerusi VisorDown