44 motosikal, dua buah kenderaan persendirian dan sebuah lori kecil disita dalam Ops PeWa!

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 47 buah kenderaan disita dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) oleh Unit Operasi bersama Unit Peronda Bermotosikal atau UPB milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar bulatan Seberang Jaya di sini semalam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

 

Daripada jumlah itu, 44 daripadanya adalah motosikal, dua buah kenderaan persendirian dan sebuah lori kecil.

 

Operasi selama dua jam bermula seawal pukul 7 pagi itu diadakan bertujuan memastikan pemandu warga asing yang diperiksa memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri yang sah selain mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya yang ditetapkan semasa memandu di negeri ini.

 

Menurut jurucakap JPJ negeri, pemandu warga Rohingya yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) paling ramai ditahan dalam operasi itu iaitu seramai 20 orang diikuti Bangladesh (9), Indonesia (7), Vietnam (4), India (3), Myanmar (2) serta masing-masing seorang warga Nepal dan Kemboja.

 

“Kesalahan tiada lesen memandu antara yang paling banyak dikesan selain kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal lain.

 

“Semakan terhadap maklumat kenderaan juga mendapati bahawa ada segelintir warga tempatan sanggup menyewakan kenderaan milik mereka untuk kegunaan warga asing dengan bayaran sewaan bulanan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook di sini.

 

Jelas kenyataan itu lagi, tindakan segelintir warga tempatan ini menyebabkan mereka berisiko untuk disaman kerana membenarkan pemandu warga asing memandu dengan tidak memiliki lesen memandu atau LKM tamat tempoh selain tidak dilindungi oleh insurans.

 

“Kesemua kenderaan tersebut kini disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Pulau Pinang di sini,” tambahnya.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi bermula 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol…
Berita Domestik
JPJ juga menyita 551 kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut…
Berita Domestik
Susulan aduan diterima polis melakukan pemantauan mendapati kegiatan kumpulan itu semakin aktif…