434 peserta ambil bahagian dalam MAM Merdeka Virtual Race

oleh Mohamad Hanif|
Pertandingan perlumbaan maya MAM Merdeka Virtual Race yang dianjurkan bersempena bulan Kemerdekaan yang ke-64 bermula 3 Ogos lalu telah berjaya menarik penyertaan seramai 434 peserta dari seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MAM Merdeka Virtual Race dianjurkan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) menerusi kolaborasi bersama Adrenaline Impact, MSF dan RaceRoom, sementara syarikat takaful insurans Etiqa menjadi penaja Platinum diikuti pembuat pelincir premium Hi-Rev sebagai penaja Emas.

Menurut Setiausaha Umum MAM, Muizz Azli berkata, "MAM Merdeka Virtual Race telah berjaya menarik penyertaan seramai 434 peserta, dan tidak ketinggalan kelas khas Virtual Racer Clinic yang diadakan bersama Split Second Advanced Driving (SSAD) pada 14 Ogos lalu yang dihadiri lebih 40 peserta.

"Disebabkan sekatan pergerakan akibat pandemik, kami meneroka cara baharu dalam memastikan semangat sukan permotoran terus mekar, selain menunjukkan sokongan kami terhadap sukan permotoran Malaysia.
 

MAM


MAM Merdeka Virtual Race menggunakan tiga platform iaitu iRacing, Gran Turismo Sport dan RaceRoom.

Daripada 30 pasukan yang terdiri daripada dua pemandu yang berdaftar di iRacing, hanya 25 pasukan yang layak ke pusingan akhir pada 30 Ogos ini.

Menerusi platform Gran Turismo Sport, hanya 12 pasukan daripada 26 pasukan (satu pasukan empat orang) mara ke pusingan akhir (31 Ogos 2021).

Sementara itu di platform RaceRoom, hanya 24 pemandu kategori Expert dan 26 pemandu kategori Novice daripada jumlah keseluruhan 226 peserta yang akan mara ke pusingan akhir (31 Ogos 2021).