422 motosikal disita di Kelantan

oleh HEZERI SAMSURI|
JPJ Kelantan telah menyita sejumlah 422 unit kenderaan dalam operasi khusus untuk motosikal yang bermula sejak 1 Sept hingga semalam.

Menurut timbalan pengarah JPJ Kelantan, Nazili Kadir, 151 unit motosikal yang disita digunakan oleh warga asing.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Nazili yang berkata kepada The Star menyatakan sebanyak 14,163 unit kenderaan diperiksa dan 2,053 unit kenderaan yang telah diambil tindakan. Dari jumlah itu, 422 unit disita dan 5,015 lagi diberikan saman.

Tujuan operasi dilakukan ialah untuk mengambil tindakan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang melanggar Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 dan undang-undang trafik.

Beliau juga menasihatkan pemilik kenderaan agar untuk tidak menyewa atau membenarkan kenderaan mereka digunakan oleh warga asing tanpa permit yang sah kerana ia akan membawa kepada isu undang-undang yang lain.

"Ia juga akan menyukarkan urusan tuntutan insurans," ujar Nazili.

Berita lanjut di The Star.

*Gambar utama ialah gambar hiasan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Azam mendakwa operasi penguatkuasaan agensi berkenaan sejak kebelakangan ini dilihat semakin…
Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Informasi
Katanya, dia berhenti seketika di tepi susur keluar dari Plaza Tol Gemuruh, Kuala Terengganu untuk…