403 km/j - Speedtail kini jentera McLaren terpantas di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh kita imbas kembali ke tahun 1992 di mana pada ketika itu, dengan bantuan pemandu Andy Wallace, jentera McLaren F1 yang memiliki spesifikasi enjin V12 6.1 liter berjaya memecahkan rekod kereta produksi terpantas di dunia dengan kelajuan 241 batu sejam (388 km/j).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, McLaren berjaya memecahkan rekod terdahulu dengan sebuah prototaip model produksi Speedtail (XP2) dengan kelajuan terpantas 250 batu sejam (403 km/j) di jalan lurus Johnny Bohmer Proving Ground di Kennedy Space Center. 


 


McLaren Speedtail hanya akan diproduksikan dalam 106 unit terhad dan fasa penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada bulan Februari 2020. 

Menggunakan trenkuasa hibrid yang merangkumi enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar dan sebuah motor elektrik, tetapan ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,055 kuasa kuda dan 1,150 Nm daya kilas. 
 


Atas jalan, Speedtail mampu memecut kurang dari 13 saat untuk mencapai 300 km/j sebelum ia mencapai kelajuan tertinggi 403 km/j. 

Harga jualan pula ditetapkan pada harga $2,240,000 (RM9.25 juta) dan malangnya kesemua 106 unit tersebut telah habis terjual.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jawapan kepada persoalan atau rahsia tersebut sebenarnya disumbangkan oleh beberapa ciri…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…
Berita Global
Sebelum ini supercar McLaren F1 didatangkan khas dengan kit perkakas yang diperbuat daripada bahan…