40,000 pemandu teksi belum dapat bantuan Prihatin

oleh HEZERI SAMSURI|
Gabungan Teksi SeMalaysia hari ini memberitahu bahawa lebih kurang 40,000 orang pemandu teksi tempatan belum lagi mendapat bantuan RM600 di bawah skim Bantuan Prihatin Nasional.

Menurut presidennya, Kamaruddin Mohd Hussain, mereka merancang untuk membuat satu rayuan kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan agar pemandu teksi diberikan bantuan tersebut.

Kamaruddin berkata pemandu-pemandu teksi itu belum menerima bayaran RM600 (bantuan sekali pembayaran sahaja) atas beberapa alasan. Antaranya ialah kad akreditasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mereka telah tamat tempoh.

Walaupun tamat, mereka masih boleh beroperasi selagi mempunyai lesen memandu, lesen teksi dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah.

Laporan FMT berkata seorang pemandu teksi yang ditemuramah mengakui pendapatan sehariannya terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan. 

"Dari RM120 sehari, sekarang saya cuma mendapat RM35 sehari sahaja," ujar Hooi Poh On yang telah menjadi pemandu teksi sepenuh masa selama enam tahun.

"Saya telah memperbaharui kad APAD saya dan membuat banyak rayuan tetapi masih tidak terbalas," terangnya kepada FMT.

Hooi juga mengaku bahawa selama beliau menjadi pemandu teksi, pihak polis tidak pernah meminta kad APAD beliau.

* Berita asal dari FMT

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, peruntukan perlindungan keselamatan sosial itu membuktikan penghargaan kerajaan…
Berita Domestik
Semenjak pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan akibat COVID-19, industri teksi mencatatkan…
Berita Domestik
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi…