4,000 unit tempahan diterima - Nissan Serena S-Hybrid paling laku di pasaran!

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018 dengan 1,900 unit telah didaftarkan dalam tempoh hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Christopher Tan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM berkata, “Penerimaan pasaran yang positif membuktikan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ialah sebuah MPV yang popular di Malaysia."

"Keputusan ini memberi semangat kepada kami. Justeru, kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya," tambah beliau. 

Pada masa yang sama, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan kempen “Joyful Tax Holiday” pada Julai pada kadar GST 0% dan Penjimatan Duit Raya. 

Almera
(1.5L E Auto)

Grand Livina
(1.6L Auto)

X-Trail
(2.5L 4WD Auto)

All-New Serena
(2.0L Highway Star)

Navara
(2.5L VL Auto)

Teana
(2.0L XE Auto)

Harga jualan
0% GST

RM68,129.62*

RM85,968.31*

RM150,255.49*

RM127,874.84*

RM114,029.08*

RM119,852.55*

Penjimatan Duit Raya

RM7,500.00

RM7,000.00

RM10,000.00

RM2,000.00

RM8,000.00

RM5,000.00

Trade-in Jaminan Penjimatan 2 Tahun

RM1,000.00

RM1,000.00

RM2,000.00

RM2,000.00

RM2,000.00

RM2,000.00

Harga Akhir

RM59,629.62

RM77,968.31

RM138,255.49

RM123.874.84

RM104,029.08

RM112,852.55


Bukan itu sahaja, pelanggan boleh membeli varian Almera 1.5L VL yang kini hadir dengan pakej aksesori istimewa bernilai RM 8,955.66* merangkumi NISMO Aerokit yang sporty, skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ciri sambungan telefon pintar, WI-FI, navigasi dan kamera undur, perakam video pemanduan, tempat duduk kulit dan tinted Solar Guard.
 


Tidak ketinggalan, pihak ETCM turut menjemput orang ramai untuk menyertai Karnival Pandu Uji Nissan pada tarikh-tarikh berikut:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

7 – 8 Julai

Utara

ETCM Butterworth

Pantai Timur

ETCM Kuantan

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Selatan

ETCM Johor Jaya

Sarawak

ETCM Kuching

Sabah

Imago KK Times Square, KK

13 – 14 Julai

Pantai Timur

ETCM Kota Bharu

Sarawak

ETCM Bintulu

14 – 15 Julai

Utara

ETCM Ipoh

Tengah

ETCM Jalan Raja Laut

Selatan

ETCM Seremban

Sabah

ETCM Tawau

 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

6 – 8 Julai

Sabah

Imago KK Times Square, Kota Kinabalu

Selatan

Mahkota Parade, Malacca

19 – 22 Julai

Utara

Ipoh Parade, Ipoh

26 – 29 Julai

Utara

Queensbay Mall, Penang

Pantai Timur

East Coast Mall, Kuantan

27 – 29 Julai

Tengah

Setia Alam Convention Centre, Selangor

 

Selain daripada itu, Nissan Nurtures Nature kini memasuki siri kedua yang akan bertempat di Sabah dan Sarawak pada minggu ini pada 7 sehingga 8 Julai 2018.

Bertempat di ETCM Kuching dan Imago KK Times Square, ia diadakan serentak dengan Karnival Pandu Uji Nissan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar dan memupuk gaya hidup yang lebih sihat yang tertumpu kepada tiga elemen utama iaitu Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (hubung semula) kepada alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…