40 ribu unit terjual tahun 2022, Outlander model Mitsubishi paling laris di Amerika!

oleh Mohamad Hanif|
SUV kompak Mitsubishi Outlander kekal menjadi model yang paling laris terjual di Amerika Syarikat dengan jumlah jualan mencecah 40,942 unit sepanjang tahun 2022.

Generasi baharu Outlander 2023 yang tiba lewat bulan November tahun lalu menyumbang 20 peratus kepada jumlah jualan Outlander sepanjang tahun tersebut.

Secara keseluruhan prestasi jualan SUV itu meningkat 37.5 peratus pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun terdahulu.

Selain daripada Outlander, Mitsubishi Eclipse Cross juga turut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun 2021.
 

Triton


Sementara itu, jumlah produksi bagi kereta dan trak Mitsubishi di Jepun meningkat sebanyak 172 peratus kepada 440,762 unit pada tahun 2022, manakala produksi di luar negara pula meningkat kepada 571,646 unit.

Secara keseluruhan, Mitsubishi telah berjaya mengeluarkan sebanyak 1,012,408 unit kenderaan dari kilang Jepun, Thailand, China dan Indonesia.

Jumlah eksport juga dilaporkan meningkat, di mana sepanjang bulan Disember Jepun telah mengeksport 23,538 unit dengan jumlah eksport keseluruhan sebanyak 222,242 unit untuk tempoh tahun 2022.

Tahun 2023 bakal menyaksikan kehadiran model baharu trak pikap Triton berdasarkan unit ujian/prototaip yang dikesan di Amerika Syarikat. Terdapat ura-ura ia akan dijenamakan semula sebagai RAM Dakota untuk pasaran tertentu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…