40 pelatih Mercedes hasilkan model EQC tembus-pandang

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz EQC merupakan sebuah model SUV kompak berkuasa elektrik sepenuh masa yang mula dihasilkan pada tahun 2019, dan merupakan pencetus kepada keluarga EQ Mercedes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dibina berdasarkan platform GLC-Class dan berkongsi jarak antara roda yang sama, iaitu sekitar 2,873 mm.

EQC dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan 402 hp dan daya kilas 760 Nm, serta pek bateri berkapasiti 80 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 417 km (data WLTP).

 


Ia ternyata sebuah model yang sangat penting buat Mercedes-Benz, dan disebabkan itu ia ditransformasikan menjadi sebuah model tembus pandang (see-through) oleh sekumpulan 40 orang pelatih Mercedes.

Masa yang diambil untuk para pelatih memotong beberapa bahagian seperti panel badan dan rangka adalah tidak kurang daripada 36 jam, dan setelah itu mereka perlu memperkemaskan bahagian tersebut dengan tidak kurang daripada 23 tenunan kasar.

 


Lebih 50 jam pula diambil untuk mengecat dan menggilap kembali keseluruhan badan EQC ini.

Bahagian yang dipotong seperti slot pengecasan, trenkuasa dan pek bateri pula diserlahkan dengan pemasangan lampu LED sepanjang 15 meter dan dibantu dengan sistem pendawaian sepanjang 50 meter serta dua unit pengawal mikro.

 


Ini sudah pasti menjadi satu bahan pembelajaran yang sangat menarik untuk ditunjukkan kepada para pelajar bagi memberikan lebih pemahaman berkenaan fungsi dan struktur kereta elektrik yang kian menjadi satu kelaziman di negara-negara maju masa kini.