40 negara wajibkan penjualan kereta baharu dengan sistem brek automatik AEB

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu persidangan 40 buah negara yang diketuai oleh Jepun dan Kesatuan Eropah, mereka bersepakat untuk mewajibkan kereta penumpang dan kenderaan komersil baharu dilengkapi dengan ciri sistem brek automatik (AEB) bermula seawal tahun hadapan. 

Menurut wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang ditemui oleh Boston minggu lalu, regulasi baharu ini akan memerlukan semua kereta baharu supaya hadir dengan ciri pengesanan pejalan kaki atau objek asing dalam julat kelajuan 60 km/j. 

Dalam keadaan di mana pemandu tidak mampu untuk membuat respon dalam masa yang singkat, sistem AEB ini akan memberhentikan kenderaan dengan serta-merta. 

Peraturan baharu ini walaubagaimanapun tidak akan memerlukan pemasangan retrofit kepada kenderaan yang sudah terjual, menurut wakil itu lagi. 
 


Sedikit menghairankan apabila kuasa besar dunia yang juga merangkap UN seperti Amerika Syarikat, China dan India tidak mengambil bahagian di dalam resolusi baharu ini. 

Sebaliknya, mereka mahu memastikan regulasi di negara masing-masing adalah lebih tinggi berbanding kehendak UN sedia ada di dalam bidang automotif. 

Sementara itu, Jason Levine, pengarah eksekutif Center for Auto Safety mengutuk tindakan negara yang diketuai oleh Donald Trump apabila negara tersebut tidak mengambil bahagian di dalam kumpulan tersebut.

Dalam satu laporan yang dibuat oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) pada dua tahun lalu, hanya empat daripada 20 pengeluar automotif dunia - Tesla, Mercedes-Benz, Toyota dan Volvo - sudah pun mempunyai ciri brek automatik sebagai ciri standard untuk lebih separuh daripada model yang terjual di pasaran. 
 


Data daripada Highway Loss Data Institute pula menunjukkan 28 peratus daripada kenderaan yang dijual di pasaran Amerika untuk model tahun 2019 mempunyai ciri AEB sebagai standard, manakala 36 peratus lagi adalah opsyen. 
 
Peraturan baharu ini akan bermula di Jepun seawal tahun depan manakala Kesatuan Eropah akan mengikut jejak langkah negara matahari terbit itu pada tahun berikutnya. 

 

Sumber: Boston

Berita Berkenaan

Berita Global
Melihatkan kepada angka yang semakin membimbangkan, kereta-kereta moden kini sudah banyak yang…