40 KERETA BAHARU, 14 JENAMA SEDIA MERIAHKAN MALAYSIA MOTOR EXPO 2022

oleh Mohamad Hanif|
Hujung minggu ini, para peminat industri automotif tempatan bakal dihidangkan dengan acara pameran Malaysia Motor Expo 2022 (MME 2022) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara tiga hari bermula 11 hingga 13 November ini dijangka akan menawarkan lebih banyak tawaran-tawaran istimewa khusus untuk menarik perhatian para pembeli kereta dan peminat-peminatnya.

Apa yang menarik bakal ditawarkan pada hujung minggu ini?
 

MME


1. Pameran sehingga 40 buah model kenderaan terkini oleh 14 nama besar automotif termasuklah Ford, Great Wall Motor, Hyundai, Kia, Mazda, Peugeot, Perodua, Subaru dan juga Volvo.

Bukan itu sahaja, pengunjung boleh mendapatkan peluang memandu uji, membuat tempahan, serta mendapatkan promosi menarik 11/11 Automotive Big Sale untuk model-model terbaharu di pasaran.

2. Tidak mahu mencari kereta baharu? Usah risau kerana MME juga turut menyediakan pameran kenderaan modifikasi, serta barangan-barangan daripada syarikat aksesori terkemuka.

Di sini juga berlangsungnya acara pameran International Automodified (IAM) di mana lebih 100 buah kereta yang telah diubahsuai akan menjadi pembuka selera para peminat jentera empat roda.
 

MME


3. Selari dengan hasrat kerajaan ke arah alam sekitar yang lebih bersih, MME 2022 turut membawakan pameran teknologi terkini di dalam industri automotif, selain mempamerkan model-model kenderaan elektrik terbaharu yang sudah dan bakal berada di pasaran Malaysia.

Yang bakal mencuri tumpuan - kereta elektrik comel ORA Good Cat!

4. Tiket berharga RM10 sahaja! Macam mana nak beli? Untuk 1,000 pembeli pertama, anda boleh dapatkan tiket di laman membeli belah Shopee.

Jika tidak sempat, usah risau kerana tiket fizikal berharga RM20 boleh dibeli sebelum anda memasuki dewan pameran, sementara kemasukan kanak-kanak bawah umur 12 tahun adalah percuma.

Pengunjung MME juga boleh merebut peluang untuk mendapatkan baucer petrol Petron bernilai sehingga RM30,000, serta pelbagai hadiah menarik yang bakal ditawarkan sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Acara MME 2022 tahun ini ditaja secara eksklusif oleh Petron sebagai Rakan Kongsi Bahan Api Rasmi, Grantt Lubricants sebagai Rakan Kongsi Pelincir Rasmi dan Shopee sebagai Rakan Kongsi e-Dagang Rasmi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak tahu ke mana harus anda tuju? Usah risau kerana kami mahu cadangkan anda supaya berkunjung…