4 warna baharu untuk Yamaha NVX 2022, harga naik, dari RM9,598

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor Malaysia baru-baru ini mengumumkan penawaran empat warna baharu untuk skuter Yamaha NXV 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Warna yang dimaksudkan adalah Mystique Ruby dan Platinum Navy untuk varian ABS, sementara varian standard pula mendapat warna Cyan dan Matt Grey.
 

NVX


Dari segi spesifikasi, Yamaha NVX 2022 masih lagi mengekalkan penggunaan nadi silinder tunggal 155 cc DOHC sejukan cecair yang mampu menghasilkan 15.4 PS @ 8,000 rpm, dan daya kilas 13.9 Nm @ 6,500 rpm yang dipadankan dengan transmisi tali sawat V-automatik.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di depan dan lengan ayun di belakang, diikuti dengan sistem brek cakera untuk roda hadapan dan brek dram di belakang, serta penawaran sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal.
 

NVX


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 5.5 liter dengan ketinggian pelana pula adalah sekitar 790 mm.

Harga jualan Yamaha NVX 2022 bermula dari RM11,498 untuk varian ABS dan RM9,598 untuk versi non-ABS.

Sebagai perbandingan, harga jualan Yamaha NVX ABS yang terdahulu bermula dari RM10,998 untuk versi ABS, dan RM8,998 untuk versi Standard.