4 tempat paling banyak kuman dalam kereta anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan kita adalah satu tempat yang tertutup, dan kerana itu ia perlu kekal bersih kerana kita menghabiskan masa berjam-jam di dalamnya.

Kebanyakan dari kita beranggapan stereng dan tempat-tempat lain yang sentiasa disentuh ialah tempat paling banyak kuman membiak di dalam kereta.

Namun begitu satu kajian saintifik yang dilakukan menunjukan ia tidak benar langsung. 

Menurut laman web RealSimple.com, ujian swab yang dilakukan menunjukan empat tempat paling banyak kuman membiak adalah jauh dari apa yang disangkakan.

Di bawah ialah senarainya.

 

 

4. Corong pendingin hawa

Kuman-kuman dari luar akan masuk melalui sistem pendingin hawa dan melekat pada corong-corong di papan pemuka.

Hasilnya, ia akan menyebabkan kuman merebak ke seluruh pelusuk kabin kenderaan anda.

Cara untuk membersihkannya ialah dengan mengelap corong-corong itu menggunakan tisu basah pembasmi kuman. 

Turunkan tingkap, buka sistem pendingin hawa dan sembur pembasmi kuman dari tin aerosol ke corong-corong tersebut (jangan disembur masuk terus ke dalam corong pula).

 

 

3. Tempat letak cawan

Tempat letak cawan atau cupholder ialah antara tempat yang dipenuhi kuman. 

Menurut ujian swab, sebanyak 1,179 mikrob telah dijumpai di situ dan ia sering dipegang oleh kita.

Paling mengerikan, cawan atau gelas yang digunakan juga diletakkan di situ dan kita biarkan bibir mungil kita menyentuhnya pula.

Gunakan tisu basah pembasmi kuman dan bersihkan segala sisa-sisa makanan atau minuman.

 

 

2. Tempat letak barang (but)

Tempat letak barang kenderaan kita sebenarnya memang satu tempat yang kotor.

Di situlah kita letakkan barang pasar yang basah (ikan, ayam, daging, ketam, kerang, siput sedut, arnab dan lain-lain) dan di situ juga kita letakkan kasut jogging, kasut hiking dan untuk para wanita, 210 pasang kasut anda.

Keluarkan alas but anda dan basuh. Jika ia dibuat dari karpet, baca perenggan seterusnya.

 

 

1. Tempat alas kaki (floor mat)

Juara tempat paling kotor di dalam kenderaan kita ialah alas kaki.

Bayangkan berapa kali kita terpijak najis kucing dan anjing, dan kemudian kita selet pada tanah, dan kemudian masuk ke dalam kereta dan memindahkan sisanya ke tempat alas kaki itu.

Bayangkan kuman-kuman dan segala jenis bakteria yang akan berpindah dari tapak kasut kita ke tempat alas kaki tersebut. Dan bayangkan bagaimana anda hendak mencuci dengan bersih jika alas kaki itu dari jenis karpet, fabrik atau "coil mat".

Untuk menghindari perkara ini, gunakan alas kaki Dodomat, sebuah produk tempatan yang memang terbukti mudah untuk dicuci.

 

 

Ia diukur dengan tepat agar sama saiz dengan alas kaki asli kenderaan anda, dan sistem dua lapisan itu memudahkan untuk anda benar-benar menyentalnya agar lebih bersih.

Paling menarik, jika anda beli dari auto2u.my, anda akan mendapat:

Alas tumit boleh ganti percuma.
Kelengkapan membasuh kenderaan Mr Clean bernilai lebih dari RM80 (200 pembeli pertama, jadi siapa cepat dia dapat ya).
Diskaun 20 peratus dengan kod promosi CARETA20 sehingga 13 Julai 2021.

Jangan lupa, terus layari Auto2U.my untuk pembelian alas kaki Dodomat!

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Laporan daripada National Center for Biotechnology Information ini mungkin akan membuatkan anda…