4 selamat dalam kemalangan pertama X70 

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya kemalangan pertama untuk Proton X70 menjadi berita utama di dalam negara sekarang.

Empat sekeluarga terselamat selepas X70 yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama, Klang pada jam 11 pagi tadi.

Pemandu wanita dan anaknya yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan ringan sementara dua lagi tidak tercedera langsung.

Menurut polis, SUV itu dalam perjalanan ke Tok Muda bila ia terbabas ke dalam parit.

Pemandu mengalami pendarahan kelopak mata dan anak lelakinya mengalami kecederaan di kaki.

Kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan.

Dari gambar-gambar yang tular di media sosial, Careta syaki kemalangan berlaku ketika kenderaan beradaa dalam kelajuan biasa berdasarkan kerosakan pada X70 itu. 

Beg udara boleh aktif walaupun perlanggaran berlaku pada kelajuan 20 kmsj jika terkena pada titik pengesannya. 

*Berita berdasarkan laporan di Kosmo Online
 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…