4 sekatan jalan raya, satu jalan ditutup di Kajang semasa PKPB

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk di sekitar Kajang akan melihat empat sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berlangsung tengah malam ini untuk Lembah Klang sehingga 27 Oktober.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

OCPD Kajang, Asst Comm Mohd Zaid Hassan berkata empat SJR itu akan dilakukan di lokasi seperti di bawah:

  • Di hadapan Balai Polis Beranang
  • Jalan Broga
  • Jalan Nilai-bangi
  • Jalan masuk ke Bandar Seri Putra (di plaza tol)

Jalan Genting Peras juga akan ditutup terus kepada laluan trafik.

SJR yang dilakukan ini ialah bertujuan untuk mengurangkan aktiviti pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengawal penularan Covid-19.

Zaid juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan menurut segala SOP yang ditetapkan semasa PKPB.

* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakaman video itu mendedahkan corak penghadang jalan yang menarik di sepanjang jalan kediaman,…
Berita Domestik
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek, pihak polis menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh…
Informasi
  Pada hari minggu dan kelepasan am, tren pertama dari Kajang 2 ialah 7.11 pagi dan tren terakhir…