4 sebab utama syarikat kenderaan bertukar kepada brek parkir elektronik

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk kebanyakan pengguna, kenderaan mereka didatangkan dengan brek parkir (parking brake) tradisional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tarik tuil brek parkir dan ia menarik dua kabel ke dua brek di roda belakang. Ada juga yang menggantikan tuil itu dengan pedal - foot brake. 

Apa pun, fungsinya adalah mudah dan 100 peratus mekanikal. 

Namun begitu, kenderaan-kenderaan baharu kini muncul dengan brek parkir elektronik. 

Tidak ada lagi tuil besar di antara kedua tempat duduk hadapan dan untuk penulis, tiada lagi keseronokan membuat "handbrake turn" (ini membuatkan ramai syarikat kereta di sini mengurut dada lega - Hezeri Samsuri dah tak akan membotakkan tayar belakang lagi, kata mereka).

 

handbrake turn

 

Brek parkir elektronik berfungsi dengan menekan suis dan motor elektrik di setiap angkup pada roda-roda akan mencengkam cakera-cakera.

Malah anda boleh mendengar motor-motor elektrik itu bekerja bila suis brek ditekan.

Untuk melepaskan brek, cuma masuk D dan pandu. Sekali-sekala, ada sistem yang meminta kita menurunkan kembali suis brek parkir itu secara manual.

Di bawah ialah empat sebab utama kenapa makin banyak syarikat kenderaan memilih brek parkir elektronik itu.

1. Ia lebih selamat dan tidak perlu penyelenggaraan

Kerana ia menggunakan motor elektrik, tidak ada kabel yang perlu diselaraskan. Sistem brek parkir elektronik akan memastikan kenderaan berada di dalam keadaan pegun sentiasa.

2. Lebih ruang kabin

Tanpa tuil yang besar di konsol tengah, syarikat kenderaan boleh menggunakan ruang itu untuk meletakan alatan lain atau membesarkan ruang barang di situ. Lebih praktikal!

3. Produk nampak lebih canggih

Seperti biasa, syarikat kenderaan akan menggunakan segala fungsi yang ada untuk memenuhkan risalah dan iklan mereka. Fungsi brek parkir elektronik memang menjadi pilihan utama kerana ia nampak moden dan futuristik.

4. Ia memberikan fungsi tambahan seperti Auto Hold

Seringkali kami ditanya pendapat patutkah gear dimasukan kepada Neutral dan brek parkir ditarik, atau dibiarkan pada D dan pedal brek ditekan ketika kenderaan melahu menunggu lampu merah menjadi hijau.

Debat pendapat itu sekali-sekala menjadi terlalu rumit mengalahkan debat agama oleh PU-PU (Pencetus Ummah) muda. 

Dengan brek parkir elektroniok, syarikat kereta boleh memberikan fungsi tambahan seperti Auto Hold, di mana brek parkir elektronik itu beroperasi secara automatik bila kenderaan menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau.

Namun begitu dengan perangai pakar Google yang ramai di dalam forum-forum, Careta menunggu perbincangan agresif berkaitan adakah fungsi Auto Hold itu merosakkan kenderaan atau tidak.


 

Berita Berkenaan

Informasi
Sejak kebelakangan ini, anda boleh melihat kenderaan sudah mula menggunakan brek parkir elektrik…