4 individu masak mi segera di stesen minyak didenda RM500

oleh Penyumbang Rencana|
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500.

Kesemua mereka dituduh bersama-sama mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Pendakwaan dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka itu, dikecam warga net kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, didapati pemilik stesen minyak berkenaan mengaku…
Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal…