38% pemandu kereta elektrik dan hibrid kurang tertekan - kajian DS Automobiles di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
DS 4 E-TENSE
DS 4 E-TENSE
DS Automobiles adalah pengeluar kereta dari Perancis dan sebelum ini sub jenama Citroën. Kenderaan DS pernah ditawarkan di negara kita beberapa tahun lalu.

Pada Mei 2022, DS Automobiles membuat satu tinjauan di kalangan 2,000 pemandu di United Kingdom dan dapatan yang diterima menarik untuk diteliti.

Secara asasnya dapatan kajian menunjukkan lebih 78 peratus pemandu mengatakan mereka mengalami tekanan semasa memandu.

Namun, 38 peratus pemandu kereta elektrik dan hibrid memaklumkan kereta sekarang membuatkan mereka kurang tertekan berbanding kereta petrol atau diesel yang pernah dimiliki.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
DS 3 CROSSBACK E-TENSE

 

31 peratus daripada mereka yang mengalami tekanan mengakui bahawa ini menjejaskan keupayaan pemanduan secara negatif.

Pemandu yang tertekan lebih berkemungkinan membuat keputusan terburu-buru dan kurang memberi perhatian kepada potensi bahaya.

Keadaan ini menunjukkan pentingnya suasana pemanduan yang tenang.

20 peratus pemandu mengatakan ciri yang direka untuk mengurangkan tekanan adalah sesuatu yang biasanya mereka pertimbangkan apabila mencari kereta baharu.

Di antara ciri 41 peratus responden rasakan paling berkesan dalam mengurangkan tekanan ialah pemanduan yang senyap dan baik.

 

DS 4 E-TENSE

 

52 peratus dan 34 peratus pula mengatakan dalaman dan kerusi yang selesa dan pemanduan lancar membantu dalam mengurangkan tekanan.

Selain itu, bukan pemanduan sahaja yang menjadi punca kepada tekanan. 

Lebih separuh atau 51 peratus berkata mereka mendapati pengalaman keseluruhan membeli dan memiliki kereta sebagai satu tekanan.

Dapatan yang diperolehi ini bukan saja-saja dikongsi dan DS mempunyai produk elektrifikasi untuk ditawarkan kepada pengguna.

Sebagai contoh model elektrik DS 3 CROSSBACK E-TENSE boleh dipandu sejauh 341 kilometer dengan sekali cas (WLTP).

 

DS 4 E-TENSE

 

DS turut menawarkan rangkaian kuasa plug-in hybrid untuk model DS 4, DS 7 CROSSBACK dan DS 9 dengan jarak pemanduan lebih 48 kilometer (WLTP) dalam mod elektrik penuh.

Untuk pemanduan, DS 4 ditawarkan dengan DS ACTIVE SCAN SUSPENSION yang mengimbas jalan di hadapan dan mengawasi setiap pergerakan.

Sistem itu membolehkan setiap roda dikawal secara berasingan dan memberikan pemanduan yang lancar dan baik setiap masa.

Seperkara lagi, bab dalaman model DS memang mempersonakan.

Supaya pemilikan jenama DS berasa senang dan tenang, Program Only You menawarkan khidmat pandu uji, penghantaran dan pengambilan kenderaan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

DS 9 E-TENSE

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu sesi pembentangan prestasi jualan untuk separuh pertama tahun 2021, Stellantis turut…
Berita Global
DS 9 merupakan sedan mewah bersaiz pertengahan yang dibangunkan daripada platform pacuan roda…
Model Terbaharu
DS Automobiles Malaysia telah rasmi melancarkan model SUV premium baharu, DS7 Crossback bertempat…