3,725 unit Chevrolet, SAAB dipanggil semula di Malaysia, ganti inflator beg udara Takata

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 3,725 unit kenderaan berjenama Chevrolet dan SAAB di Malaysia kini tertakluk di bawah kempen panggil semula bagi menggantikan inflator beg udara pemandu Takata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model  yang terlibat termasuklah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

“Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa Distabilkan) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.

“Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Memandangkan Chevrolet tidak mempunyai pejabat di Malaysia pada masa ini, syarikat itu telah melantik dua rakan kongsi tempatan untuk menjalankan kempen tersebut.

Pembaikan panggil balik yang bermula hari ini dan secara percuma itu akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda terpilih.

Sementara itu, Saphan9 Engagement, syarikat perunding komunikasi dan kandungan, telah dilantik untuk mengendalikan pengumuman, capaian pelanggan, aset digital, maklumat dan pengurusan data.

Pemilik yang terjejas digalakkan melayari laman mikro panggil balik Chevrolet di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pembaikan panggil balik beg udara itu.

Pemilik kenderaan juga boleh menghubungi +6011 3129 9963 atau +6011 3129 9965.

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…