35 kenderaan diminta berpatah balik di SJR Gerik

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejumlah 35 buah kenderaan yang dipercayai menghala ke pantai timur telah diarahkan untuk berpatah balik kerana tidak ada alasan kukuh untuk perjalanan merentas sempadan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kenderaan-kenderaan itu diminta berpusing kembali di sekatan jalan raya (SJR) di KM89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan KM9 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli sejak jam 4 petang semalam.

Mior menerangkan bahawa 27 kenderaan didapati tidak mempunyai surat kebenaran beroperasi dari MITI sementara dua lagi menunjukan tarikh vaksinasi yang berlainan.

Tiga lagi tidak mempunyai permit polis untuk membuat perjalanan tersebut dan tiga lagi menggunakan permit polis yang tidak sah.

"Jumlah kenderaan sebenarnya menurun 30 peratus berbanding sebelum ini," tambahnya.

Mior menegaskan surat MITI tidak boleh digunakan sebagai alasan perjalanan sehingga Rabu hadapan, dan hanya mereka yang ada surat MITI berkaitan aktiviti membawa bahan api dan bahan makanan sahaja dibenarkan. - Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…