329 permohonan lesen B penuh di Melaka, hanya 12 duduki ujian, cuma lapan lulus

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Sebanyak 329 permohonan diterima daripada pemegang lesen motosikal Kelas B2/B1 di Melaka untuk beralih kepada lesen B penuh sejak 1 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata daripada jumlah itu, 12 pemohon menduduki ujian ditetapkan dan lapan lulus untuk menaik taraf lesen berkenaan.

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di Melaka mula dilaksanakan 1 Oktober lalu.

"Di Melaka, tiada isu kita tidak melaksanakan program khas ini seperti dakwaan sesetengah pihak," katanya pada Rabu.

Program berkenaan setakat ini hanya dilaksanakan di tujuh institut memandu berdaftar di bawah pelaksanaan inisiatif itu di ketiga-tiga daerah di Melaka.

Muhammad Firdaus berkata, permohonan menaik taraf LMMKelas B2/B1 kepada LMM Kelas B adalah terbuka dan tiada had pemohonan, tetapi pemohon perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Antara syarat memohon, katanya, ialah menerusi aplikasi MyJPJ, mempunyai lesen motosikal dalam tempoh 10 tahun dan bebas senarai hitam JPJ dan polis.

Sementara itu, beliau berkata, program lelongan awam melibatkan 30 kenderaan terdiri 23 kenderaan boleh dilesenkan dan tujuh kenderaan sekerap yang tidak boleh dilesenkan itu, mencatatkan kutipan hasil RM45,862.60.

Katanya, 30 kenderaan yang dilelong terdiri 18 motosikal, 10 kereta dan dua lori dengan bidaan paling tinggi melibatkan semi treler kontena pada harga RM9,750.

Bidaan paling rendah pula melibatkan motosikal Yamaha Lagenda 110ZR, iaitu kenderaan sekerap pada harga RM78.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata program peralihan khas yang bermula 1 Okt ini, tidak diberikan secara automatik…
Berita Domestik
Katanya, banyak faktor perlu diambil kira termasuk kaedah atau teknik penunggangan kerana ia…
Berita Domestik
Beliau berkata, pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan…