320 ribu bongkah LEGO bentuk skala penuh Honda Civic Type R!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hot hatch berpacuan roda hadapan, dengan kuasa 320 PS dan daya kilas 400 Nm daripada enjin empat silinder sebaris turbo K20C1 akhirnya diabadikan dalam bentuk bongkah Lego berskala 1:1.

Masa yang diambil oleh sekumpulan sembilan individu diketuai oleh Ryan McNaught, seorang pemasang LEGO yang diiktiraf adalah selama 1,300 jam (54 hari). 

 


Untuk menghasilkan sebuah Honda Civic Type R FK8 berskala penuh, lebih daripada 320,000 bongkah LEGO diperlukan dibantu dengan rangka besi yang menyokong struktur LEGO yang digamkan bersama. 

Memandangkan struktur rekaan asal Civic FK8 yang agak terarah kepada Gundam beroda empat, pasukan tersebut terpaksa melakukan beberapa penambahbaikan seperti pada wiper dan sayap belakang bagi memastikan ia benar-benar membawakan penggayaan asal. 
 


Hasil akhir ternyata amat mengkagumkan dan pasukan McNaught turut sama memasang lampu hadapan yang boleh berfungsi, serta lampu indikasi yang tidak pernah sama sekali digunakan oleh pemilik FK8 tiruan ketika di lebuhraya.

LEGO Honda Civic Type R FK8 ini akan 'bergerak' ke beberapa lokasi di Australia bermula bulan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…