"Mereka yang terlibat dalam kes ini hanya menyasarkan kabel overhead dan ground serta kotak transformer. Kejadian ini boleh menyebabkan kelewatan projek ECRL disiapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Luit di Maran pada Selasa.
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan libat urus dengan polis serta melantik dua syarikat keselamatan bagi mengawal selia tapak projek ECRL berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.
"Kita (CCCECRL) juga telah memasang 66 unit kamera litar tertutup (CCTV) sejak September lalu sebagai langkah pencegahan dan bagi membantu siasatan polis sekiranya berlaku aktiviti kecurian," katanya.
Sementara itu, Shi menasihati orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya melihat aktiviti kecurian kabel berkenaan.
"Kita perlu sentiasa menjaga keselamatan projek ini kerana ia merupakan projek negara untuk kemudahan rakyat," katanya.