307 peserta konvoi motosikal disaman

oleh Hamimah Hamid|
SEBANYAK 307 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang menyertai satu konvoi di Kilometer 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tanjung Malim hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, saman itu dikeluarkan dalam sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan apabila pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman Twitter berkaitan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Hasil siasatan kita dapati kumpulan motosikal terbabit bergerak secara berkumpulan dari arah utara dan selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.

"Dari itu seramai  28 pegawai kanan dan pegawai rendah polis digerakkan mengadakan SJR di laluan berkenaan bagi tujuan pemeriksaan ke atas motosikal terlibat," katanya. 

Pemeriksaan mengejut oleh pdrm

Menurut Superintendan Mohd Hasni, operasi yang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu merekodkan 307 penunggang motosikal disaman manakala lima lagi saman ke atas lain-lain kenderaan. 

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mengesan pelbagai kesalahan dilakukan oleh penunggang motosikal antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran kenderaan tidak lengkap dan 'fancy' serta ubah suai ekzos.