301 penunggang motosikal maut akibat langgar lampu merah

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut sumber daripada Utusan.com, sebanyak 301 nyawa penunggang motosikal telah maut dan 299 lagi cedera akibat melanggar lampu isyarat.

Angka ini melibatkan tempoh enam bulan pertama tahun 2017.

Berbanding tahun 2016, jumlah kematian penunggang motosikal adalah sebanyak 263 dan 287 lagi cedera kerana kesalahan yang sama.

“Walaupun pelbagai usaha serta tindakan undang-undang telah diambil bagi menyedarkan bahayanya perbuatan tersebut namun penunggang-penunggang motosikal masih berdegil” kata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Kesalahan melanggar lampu isyarat terus berlaku kerana sifat berani mati golongan penunggang yang tidak sayangkan nyawa.

Selain itu, angka yang melibatkan kemalangan maut bagi pemandu dan penunggang naik kepada 15,314 bagi tempoh tujuh bulan berbanding tahun lalu iaitu 13,376.

Antara punca kemalangan yang berlaku adalah sikap cuai ketika keluar simpang, memandu secara cuai, memandu secara merbahaya, memotong secara merbahaya, memandu laju dan lain-lain.

Kenyataan daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga melaporkan lebih 60 peratus kematian di jalanraya adalah dari kalangan penunggang motosikal. Kemalangan mauit ini paling tinggi melibatkan orang muda berumur 16 hingga 25 tahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…
Berita Domestik
"Iaitu purata 18 kematian akibat jalan raya setiap hari, bersamaan setiap 80 minit ada seorang yang…