Manakan tidak, rekod tahun 2020 menunjukkan hanya 128 unit sahaja yang terjual di pasaran Amerika Syarikat, berbanding Audi R8 (538 unit) dan Mercedes-AMG GT (2,400 unit), serta kalah kepada BMW i8 yang sudah pun lama dihentikan produksinya!
Namun, versi terakhir Acura NSX Type S yang dilancarkan baru-baru ini membuktikan sebaliknya - 300 unit yang dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat habis terjual dalam masa 24 jam!

Menurut laporan daripada Motor1, kesemua 300 unit NSX Type S telah pun habis ditempah dalam masa 24 jam, sementara sumber dalaman mendedahkan mereka mempunyai ratusan senarai menunggu yang sedia untuk menyambar unit terhad tersebut pada bila-bila masa.
Acura NSX Type S 2022 telah diberikan peningkatan kuasa kepada 600 hp dan 667 Nm daya kilas daripada enjin 3.5 liter bentangan V6 turbo berkembar yang dipadankan dengan tiga motor elektrik, selain peningkatan terhadap aspek pengendalian dan pengurangan berat badan.
Harga jualan bermula dari $169,500 (RM718 ribu) atau $182,500 untuk model Lightweight Package.
Baca: Acura NSX Type S 2022
Sumber: Motor1