30 tahun Kia di UK, dari empat angka kini lebih sejuta unit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Pride and Kia EV6
Kia Pride and Kia EV6
Apa pendapat anda mengenai Kia Motors? Pada penulis, jenama dari Korea ini sebenarnya telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengeluar antarabangsa lain.

Apa yang pengeluar lain boleh buat, Kia pun pandai membinanya dan melakukannya dengan cemerlang.

Dari segi sejarah, Kia bukanlah syarikat terlalu baharu dan menariknya bermula sebagai pembuat tiub besi dan komponen basikal yang ditubuhkan pada Disember 1944.

Dari situ, Kia berkembang sehingga berjaya memasang motosikal, kereta penumpang dan lori.

Walaupun nampak indah dan berjaya sekarang, Kia seperti mana pengeluar lain turut mempunyai cabaran tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
30 tahun Kia di UK

 

Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan operasi kereta penumpang dan fokus pada lori kecil.

Kemudian pada tahun 1997 Kia diisytihar sebagai muflis dan pada tahun berikutnya Hyundai Motor Company mengambil alih 51 peratus pegangan syarikat.

Menariknya pada dan pasca era tersebut Kia melonjak naik dan jika ada yang masih ingat bagaimana SUV Sportage begitu popular di pasaran tempatan.

Di antara strategi Kia yang berkesan ialah program ke luar negara agresif.

 

Kia Pride and Kia Picanto

 

Dua pasaran yang Kia begitu fokus untuk berjaya ialah Eropah dan Amerika Syarikat. Menariknya kedua-dua pasaran ini ditawarkan dengan dua produk berbeza selain model utama.

Dah berapa lama Kia di pasaran Eropah atau secara spesifik di United Kingdom?

Jawapannya terletak pada tahun ini, Kia meraikan ulang tahun ke-30 jualan rasmi di UK!

Bermula dengan hanya satu model kompak iaitu Pride pada tahun 1991, Kia sekarang ini menikmati pegangan pasarannya yang terbesar di sana sebagai Kia UK Limited.

Cara sambutan pula sederhana, Kia mengambil gambar model lama dan baharu di sekitar litar lumba Brookland yang hanya 300 meter dari ibu pejabat lama Kia UK.

 

30 tahun Kia di UK

 

Satu fakta menarik ialah walaupun Kia telah lama beroperasi di UK, perniagaan itu hanya dimiliki sepenuhnya oleh Kia Corporation pada tahun 2002.

Sejarah Kia di UK bermula pada tahun 1991 melalui pelancaran model kompak Pride yang diimport oleh syarikat MCL Group.

Tahun pertama jualan ialah 1,786 unit dan boleh dikatakan angka signifikan untuk jenama baharu di sana.

Apa yang penting ialah bermula dan tempoh tiga puluh tahun menyaksikan Kia berkembang dengan sangat baik merentasi pelbagai segmen kenderaan.

Model manakah paling hangat di kalangan pembeli Kia di UK? Sportage, model Kia terlaris di negara itu. 

 

Kia Ceed GT Line

 

Model lain yang ditawarkan siri famili Ceed (tiada di Amerika Syarikat dan banyak lagi negara lain), Picanto, Rio dan tidak ketinggalan fastback berprestasi Stinger.

Selain itu, Kia juga sibuk mengetengahkan model-model canggih dan elektrifikasi seperti e-Niro, Soul EV dan terbaru EV6.

Selepas tiga dekad berapakah prestasi jualan Kia di UK? Bermula dengan angka tidak sampai 2,000, jualan keseluruhan Kia kini telah melebihi 1.2 juta unit!

Menariknya, dua pertiga jualan tersebut hanya berjaya dicapai dalam tempoh sepuluh tahun lepas.

Dari segi pasaran, Kia memegang lima peratus pegangan kereta baharu setakat ini dan sedang menikmati tempoh paling popular. 

 

Kia Sportage

 

Imej Kia di UK juga berkembang dengan pesat pada ketika ini hasil usaha penambahbaikan dalam aspek kualiti, ketahanan, reka bentuk dan fokus pada pemandu.

Tahukah anda? Sejak tahun 2010, Kia telah pun menawarkan tempoh waranti selama tujuh tahun dengan jarak 100,000 batu (160,934 km).

Apabila bercakap tentang Kia tidak lengkap tanpa menyentuh seorang tokoh dan transformasi yang dibawa.

Individu tersebut semestinya ialah Peter Schreyer yang meletakkan reka bentuk sebagai satu aspek penting dan menerajui pembangunan produk.

Buktinya ialah jarang benar kita melihat model-model Kia tampil dengan reka bentuk mengecewakan atau hampir tiada yang mempunyai karakter lemah.

 

Kia Sorento

 

Reka bentuk yang menarik pula dipadan bersama rangkaian kuasa dan dinamika pemanduan supaya produk Kia bukan hanya cantik tetapi sepadan dengan pemanduan dan pemilikan.

Untuk masa akan datang, banyak lagi rancangan Kia seperti pengenalan 11 buah model elektrik menjelang 2026.

Kia juga mensasarkan untuk menjual 1.6 juta kenderaan mesra alam menjelang 2030. 

Lagi rancangan menarik ialah Kia bakal hadir dengan satu perniagaan kenderaan khas (jenama baharu?) yang bakal dilancarkan pada tahun 2022.

Secara kesimpulannya, slogan The Power To Suprise benar-benar dipegang dan dibuktikan dan kini Kia tampil pula dengan penjenamaan baharu iaitu Movement that inspires.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia EV6.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…